Monday, August 27, 2012

Erti CINTA.....:)

Ari ni, saya nak kongsi tentang erti cinta....
Dalam hidup ini banyak saya belajar sesuatu tentang cinta.....
sebenar tak tau nak tulis ape kan...


Ari ni saya belajar sesuatu tentang Cinta... Cinta kepada Yang MAHA Pencipta(ALLAH SWT) dan RasulNYA serta Cinta sesama Insan....

Baru saya tahu yang Cinta tak boleh diungkap dengan kata-kata..

Cinta perlu lahir dari hati yang ikhlas kan.....
 
Ari ni juga saya belajar sesuatu yang baru..
 
Cinta telah banyak mengajar saya erti kehidupan..
Cinta mengajar saya erti kesabaran..
Cinta mengajar saya erti berusaha..
Cinta juga mengajar saya untuk menjadi lebih kental dalam meneruskan kehidupan ini..
 
CINTA kepada ALLAH dan RasulNYA...
 
perlukan kecintaan yang tinggi melebihi kecintaan sesama manusia,
“Cinta kepada ALLAH ibarat pohon yang tumbuh di hati".
begitu terasa kemanisan iman....

CINTA sesama Insan....
 
adalah fitrah kejadian manusia yang dianugerahkan kpd kita....
Cinta yang memerlukan pengorbanan..
tapi kadang-kadang tu kan..
kite terpaksa berkorban demi kebahagiaan orang lain....
sehinggakan kita perlu korbankan cinta kita..

memang kita akan merasa sakit..

tapi ia untuk kebaikan Dunia dan Akhirat
ini yang dinamakan pengorbanan yang sebenar..
 
mungkin sekarang ramai yang tak percaya Kuasa Cinta.. "Power of Love"
Cinta ini adalah anugerah Allah kepada kita..
kita perlu guna dengan sebaik nya kan
kita perlu hargai pemberian Allah ini..
 
Cinta juga banyak mengajar saya untuk memberi dan menerima..
 
p/s : saya harap perasaan dan cinta dari ALLAH pada saya tidak akan pernah hilang..
 
sekian~~:)

Friday, August 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diri ini samada dialam nyata atau dialam maya,

Andai ade salah dan silap, terkasar bahasa, tersalah cakap/tulis sampai terase/terkecik hati, harap diampunkan,

Andai termakan atau terminum, mohon dihalalkan......

Lidah kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan..Maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran.....

"seindah ukhwah itu bermula dari satu perkenalan"

Salam Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....

ALASANMU.......

Alasan mu - Exist

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyumDengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Ya ALLAH, Tasbihku di waktu DhuhaMU

Asslamualaikum wbt...

Setelah sekian lama menyepi dari dunia penulisan blog, kerana terlalu sibuk dgn tugasan harian  dan istiqamah dalam proses muhasabah diri, ari ni saya terpanggil utk menggariskan cara melaksanakan Solat sunat Dhuha di blog kesayangan saya ini bagi panduan bersama......

Solat Dhuha umpama magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan. amalkanlah solat dhuha serta bacalah ayat 1000 dinar......

Solat Sunat Dhuha juga diibarat sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala rezeki yang dilimpahkan.....

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syamsyi
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
 
Bermaksud :
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Blog Widget by LinkWithin