Monday, May 3, 2010

Rinduuuunye..............

Dah terlalu lame benar aku meninggalkan blog ku ini, aku tidak lagi meluangkan mase untuk mencoretkan sesuatu kat blog kesayangan ku ini,

Bukan tak rindu, tp mase tak mengizinkan, lagipun, tiada ape yang aku nak updatekan, kehidupan ku hanya biase2 je......

Pergi keje, balik rumah......, pergi keje balik rumah......

Aku bz dengan keje2 ofis kuyang menimbung, bz dgn keje rumah yang tak pernah siap.....

bercampur lagi dengan mood malas nak update ku yang semakin bermaharajelela......tak tau kenapa.......

alasan lah tu...........





Sunday, January 10, 2010

Azam Tahun Baru - 2010

Tahun Baru menjelma lagi, selain dari umur yang kian meningkat, kite mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kite kecapi sepanjang tahun 2009, kalau azam tahun 2009 telah tercapai, Alhamdulillah....syukur......

walaupun tahun 2010 telah masuk hari ke 10, rase tak terlambat untuk sy bercakap mengenai azam baru kan,

pasti ramai berbicara mengenai azam tahun baru, saye pun ada azam tahun baru tersendiri, terlau banyak azam saya, ade yang tercapai dan ade yang belum tercapai, dan terpakse di'forward' ke tahun 2010 ni,

Barangkali pada korang, takde guna kalau berazam baru setiap tahun tp tidak pernah berjaya dan tdak dapat dilaksanakan,

Walau ape pun, saya cuma ingin luahkan tentang satu perkara sahaja iaitu tentang azam saya yang 1 ini, azam yang tak pernah berubah sejak 2 tahun yang sudah.....

ingin menjadi seorang isteri yang solehah, dambaan hati setiap wanita.... siapa yang tidak mahu membina sebuah keluarga? mempunyai suami sebagai teman setia.... anak2 sebagai penyeri dan penghibur hati..... pada saya seorang isteri bukan hanya seorang isteri untuk suami, malah seorang ibu untuk anak2 bergantung kasih. begitu juga dgn saya,

saya ingin menjadi seorang ibu yang penyayang, malah terlalu menanti kehadirannye, kami terlalu rindu kehadiran amanah Allah yang satu ini,

Ada kalanya terlalu bosan dan buntu dengan cakap2 org keliling yang kadang2 menghiris hati ini,

Saya tau setiap yang terjadi adalah ketentuanNYA, tapi saya tidak jemu2 merayu kepadaNYA,

Kerana saya tau Allah tidak akan menghampakan hambanya yang tidak jemu2 merayu, merintih dan memohon pertolongan dari NYA agar dikurniakan zuriat sebagai penyejuk mata, penawar dihati....

Akhir kata, semoga tahun 2010 ini akan tercapai azam ini dan semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya!....

Selamat Tahun Baru Masehi kepada Semua......

Tuesday, November 3, 2009

Team Building kat Ulu Slim - hari ke2


Hari ke-2 di Ulu slim, banyak aktiviti yang kami lakukan,
Selepas senaman pg dan sarapan pg, kami dibawa ke air terjun tibang untuk mandi manda dan aktiviti disane,
Layan gambar je lah malas nak cite, leh macam tu, bini sape lah ni.....
tengah tunggu member lain, ade yang masih belum sampai...

Sebelum g mandi bergambar dulu, poyo je aku ni.....
Air terjun tinggi ooooo......sejukkkkkk giler........kami ade game, masing2 bersungguh2 nak menang..... seronok.......
Tapi.....kaki ku luke, mase main dalam air, pedih giler....... masing2 dah kelaparan, makan bekal masing2.....
Petang pulak, kami ade aktiviti lagi, enjoy lah kursus kali ni walaupun aktiviti padat,
selepas game, kami dijamu dgn buah durian dan buah pulasam, banyak giler aku makan, tambah2 dapat geng yang memang kaki durian, syok..... makan tak ingat.....
malam tak boleh tido, panas, kul 12 aku mandi sungai,

Sebelah malam nye kami ade aktiviti bersame org2 asli, "menari sewang"..... lawak giler kitorang menari, tp best........

ni la penyanyi nye, panjang lagu diorang, masing2 sempuk menari, nak habiskan lagu ni, masa ni, giliran kami pulak nak mempersembahkan tarian kat diorang, "Tarian Poco poco" bukan pocong tau......diorang panggil aku cikgu tadika, ramai anak2 org asli ikut aku, asyik berlanggar dgn diorg je, tp aku ok jer..... Tarian ni abis sampai kul 12, penat oooooo, tp seronok, nak masuk tido, tp tak boleh tido panas giler, aku terus g mandi sungai, sejuknye air sungai.......baru leh lelap...
Esoknye ade aktiviti lagi........

Team Building kat ULU SLIM - hari pertama

Dah lame aku tak update blog kesayangan ku ni, tiada sebab lain tp penyakit pemalas aku ni semakin menjadi2 ni,

ari2 aku bukak blog aku ni, tp aku tak update je, balik keje dah lewat, 2 3 minggu ni aku asyik balik lambat keje, sebab terpaksa wat OT, banyak sangat keje ejen, ...huhuhuhu
Sebenarnya, aku ade cite best nak cite kat korang, memang tak dapek den nak lupo eh sampai bilo2
ofis aku ade wat program team building, ni adalah idea dari KE kamilah, dia memang best, susah nak cari KE macam dia ni,

Team Building kali ni kami tak duk chalet atau resort, kami tido dalam khemah, taraf hotel 5 star tu..... bermula 31 oktober hingga 1 november,

kami buat kat Kem Tibang, Ulu Slim, Perak, seronok giler... baru mencabar beb......

kami bertolak dari ofis kul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan 4x4, sebanyak 15 buah yang dibawa oleh pilot2 yang berpengalaman dan sporting







sebelum bergerak, sempat lagi berposing, layan je lah ye.....

















kitorang berkumpul selepas tol jalan duta untuk berkonvoi ramai2, kitorang ape lagi sibuk berposing la.....

semua dah sampai kami teruskan konvoi menuju ke ulu slim melalui behrang, cantik sangat pemandangan kat sini, sejuk mate memandang, dalam perjalanan kami diterangkan mengenai radio yang digunakan oleh pilot kami, semua peserta disuruh memberi ucapan masing2, siap ade yang bagi teka-teki lagi, lawak betol lah, tergelak2 kami....
Dalam perjalanan menuju kem, kami melalui 1 kawasan kolam air panas, tp sayang tak terjaga,
kami tiba di kem tibang lebih kurang dalam kul 12.30, khemah dah siap dipasang, makanan tghari pun dah siap, sedap lak tu, akak2 ni masak,
macamane nak diet ni, masuk hutan pun makan sedap..hehehehe

alasan mesti kuat ooo....
Ni lah hotel 5 star kami, betol2 tepi sungai, tak sabarnye nak mandi, selepas makan kami diberi taklimat untuk dibahagikan 'partner' untuk khemah,
aku dapat ngan kak nor, ok lah, kak nor baik sgt.......khemah kami ngadap sungai, best best......

pada sebelah malam, kami dibahagikan kumpulan, nasib baik dapat geng yang sekepala walaupun berkepale-kepale, hehehe

dengan kate sepakat yang telah dibuat kami namekan kumpulan kami "Optimus Prime"

huyoooo....mcm kartun kanak2....

sampai kul 12 baru kami tido, semate2 nak siapkan logo kumpulan, zakuan ni berseni rupenya... pandai dia lukis, aku tukang bg idea sikit2 je, ntah ape2 lah,

akhirnye siap jugak......
tp kat sini kitorang dapat markah extra tau, nak kene cakap ke? sori sori...

tgk tu... masing2 sanggup tunggu walaupun mate dah tak berape nak boleh bukak dah....

cite ari ke2 dan hari ke3 akan dicerita kemudian ye.... banyak pengalaman yang aku tak dapat lupakan .....

Sunday, October 25, 2009

muncul kembali.....


Dah lame aku tak update blog kesayangan ku ni, dah naik bersawang dah,

Sejak selepas raye ni, penyakit malas ku semakin menjadi2, balik keje dah lewat, badan dah penat, terus tido je,

memang aku tak usik langsung blog aku,

baru korang rindu kat aku kan, saje je perasan femes la tu, sape la aku ni org nak kenal2 kan.......kan...

sowiiiii ye kawan2....

Friday, September 18, 2009

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin"


Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh........

Ramadhan kini makin ke penghujung pintunya.

Dikesempatan ini saya dan hubby nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, kepada semua umat islam yang akan merayakan hari raya aidilfitri pada ari ahad ni,

Kepada pengunjung, sahabat, rakan blogger dan follower.. Tidak ada yang lebih mulia pada hari raya dimana semua malaikat memanjatkan doa, tidak ada perbuatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah,

teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...semoga Ramadhan ini membawa perbaikan, dan kesejukan...Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung mahupun tak langsung saya ingin memohon maaf atas lisan yg tak terjaga....Janji yang terabaikan....Hati yang berprasangka & .....Sikap yang pernah menyakitkan hati mane2 pihak.

Kepada Hubby tersayang, kaulah antara insan yang paling ku sayang......ampun dan maaf andainya isteri mu ini…Terkasar bahasa dalam bicara, Tersilap bicara semasa bersama, Termarah yang tak kena tempatnya, Tertanya tak tentu hala..Tersasul yang tak sengaja, Tercubik kat mane2, Terpekik kuat di telinga, Termoody tak semena-mena, Teremail atau termesej benda yang tak sepatutnya kau terima, Termacam-macam yang kena-mengena..

Di hari yang mulia ini, ku ingin menyusun sepuluh jari, Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana aku masih bernama manusia, Pastinya tak lepas membuat dosa semoga dimaafkan

Seperti sebuah perjalanan hidup,semua yang telah terjadi tak mungkin terulang. Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

Selamat Menyambut Lebaran Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DariKu dan Hubby.....

" Marhabban Ya Ramadhan, & Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. "

Sunday, September 13, 2009

Rezki....orang nak belanja...

Ari ke 17 ramadhan, dalam bulam puasa ni, firstime kitorang amik keputusan untuk berbuke kat luar, ye la asyik buke kat rumah je, juadah yang dibeli kat pasar ramadhan je, mane sempat nak masak bg aku yang berkeje ni,


Sampai seremban dah kul 6 lebih2, nak balik rumah lagi, bapak punye jem, dekat pukul 7 baru sampai, alang2 lalu singgah la bazar ramadan, macam tu lah ari2 berkeje aku, "nak kene bagitau ke?" poyos lah....hehehe


Tapi kalau ari tak keje, aku masak lah,


ari tu jugak hubby aku cuti, dia ajak berbuke kat luar, aku tau ni cubaan ngelat hubby ku untuk malas nak masak, biasenye ari isnin dia yang masakkan juadah berbuke.

kat ofis lagi dia dah mesej tanye itu ini, "syg nak makan ape", "kite makan kat nak tak?"
"ikut B lah, syg ikut je...", knp nak makan kat luar? (ini pun tak penting sgt ye...)

macam tu soalan yang dibalas dgn soalan jugak, biase la aku, banyak tanye,

sampai2 je seremban, hubby dah tunggu, acik sukeeeeee...., selama ni asyik aku je tunggu dia, kadang2 sampai 1/2 jam tunggu dia jemput aku.

kami g makan kat kedai makan je, tahun ni takde agenda berbuke kat hotel, biasenye setiap tahun ade la sekali dua berbuke kat hotel, makan free la katakan.....

"Syg order la nak makan ape?"
"B order la syg ikut je" buat2 malu konon minah ni, ntah ape2 je...

dah order, mase untuk tunggu makanan sampai, perut dah lapar sgt ni, ade beberapae minit je lagi nak berbuke,

diorang dah booking tempat jd mesti diorang prepare dulu, macam kitorang ni, datang baru nak order lambat la sikit,

tak nak terase sangat lame menunggu aku mule la merapu2 dgn hubby,
sampai kakak kat sebelah tu sengih2 je tgk kitorang,

"B, kalau makanan tak sampai lagi dah azan nanti, kite korek hidung je la dulu, batalkan pose"hehehe
"banyak lagi care lain nak batalkan pose la" syg ni ntah ape2 la, benggoooong......
hah, hambik ko, kene benggong sekali.......hehehehe

nasib baik akak tu hantar kurma 1 mangkuk, dalam 3 biji macam tu lah,

lepas tu air pun sampai, dah azan, makanan tak sampai lagi ni, aku dah lapor ni, takpe sabo2, abang ngan akak tu lagi lah tak berbuke pun lagi, kesian kat diorang.

yahuuuuuu, makanan dah sampai,.......dengan gelojoh ala2 sopan nye aku makan, ayat mesti mau cover ok......

Ikan siakap 3 rase, marvelous uols...cukup rase

Sup campur 1 mangkuk je,

Baby kailam ikan masin 1 piring

lauk feveret aku, ayam goreng kunyit 1 piring,
dan air, nescafe tarik dengan ais kosong untuk hubby, teh o panas untuk aku, tu je
dalam kul 7.50pm dah licin, makan ke ape ni........?
nak balik bayar hutang dulu, magrib la maaaa.......takut tak sempat....

bye........
Blog Widget by LinkWithin