Tahun Baru menjelma lagi, selain dari umur yang kian meningkat, kite mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kite kecapi sepanjang tahun 2009, kalau azam tahun 2009 telah tercapai, Alhamdulillah....syukur......
walaupun tahun 2010 telah masuk hari ke 10, rase tak terlambat untuk sy bercakap mengenai azam baru kan,
pasti ramai berbicara mengenai azam tahun baru, saye pun ada azam tahun baru tersendiri, terlau banyak azam saya, ade yang tercapai dan ade yang belum tercapai, dan terpakse di'forward' ke tahun 2010 ni,
Barangkali pada korang, takde guna kalau berazam baru setiap tahun tp tidak pernah berjaya dan tdak dapat dilaksanakan,
Walau ape pun, saya cuma ingin luahkan tentang satu perkara sahaja iaitu tentang azam saya yang 1 ini, azam yang tak pernah berubah sejak 2 tahun yang sudah.....
ingin menjadi seorang isteri yang solehah, dambaan hati setiap wanita.... siapa yang tidak mahu membina sebuah keluarga? mempunyai suami sebagai teman setia.... anak2 sebagai penyeri dan penghibur hati..... pada saya seorang isteri bukan hanya seorang isteri untuk suami, malah seorang ibu untuk anak2 bergantung kasih. begitu juga dgn saya,
saya ingin menjadi seorang ibu yang penyayang, malah terlalu menanti kehadirannye, kami terlalu rindu kehadiran amanah Allah yang satu ini,
Ada kalanya terlalu bosan dan buntu dengan cakap2 org keliling yang kadang2 menghiris hati ini,
Saya tau setiap yang terjadi adalah ketentuanNYA, tapi saya tidak jemu2 merayu kepadaNYA,
Kerana saya tau Allah tidak akan menghampakan hambanya yang tidak jemu2 merayu, merintih dan memohon pertolongan dari NYA agar dikurniakan zuriat sebagai penyejuk mata, penawar dihati....
Akhir kata, semoga tahun 2010 ini akan tercapai azam ini dan semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya!....
Selamat Tahun Baru Masehi kepada Semua......
RAYA 2019 KCB - WAJIB TIAP KALI RAYA
-
Tahun ni dan tahun lepas, sebenarnya ada macam-macam jadi kat family aku.
Ada suka duka semua tu dugaan hidup. Paling ketara nampak perubahan kat mak
la. ...
5 years ago
No comments:
Post a Comment