Monday, August 27, 2012

Erti CINTA.....:)

Ari ni, saya nak kongsi tentang erti cinta....
Dalam hidup ini banyak saya belajar sesuatu tentang cinta.....
sebenar tak tau nak tulis ape kan...


Ari ni saya belajar sesuatu tentang Cinta... Cinta kepada Yang MAHA Pencipta(ALLAH SWT) dan RasulNYA serta Cinta sesama Insan....

Baru saya tahu yang Cinta tak boleh diungkap dengan kata-kata..

Cinta perlu lahir dari hati yang ikhlas kan.....
 
Ari ni juga saya belajar sesuatu yang baru..
 
Cinta telah banyak mengajar saya erti kehidupan..
Cinta mengajar saya erti kesabaran..
Cinta mengajar saya erti berusaha..
Cinta juga mengajar saya untuk menjadi lebih kental dalam meneruskan kehidupan ini..
 
CINTA kepada ALLAH dan RasulNYA...
 
perlukan kecintaan yang tinggi melebihi kecintaan sesama manusia,
“Cinta kepada ALLAH ibarat pohon yang tumbuh di hati".
begitu terasa kemanisan iman....

CINTA sesama Insan....
 
adalah fitrah kejadian manusia yang dianugerahkan kpd kita....
Cinta yang memerlukan pengorbanan..
tapi kadang-kadang tu kan..
kite terpaksa berkorban demi kebahagiaan orang lain....
sehinggakan kita perlu korbankan cinta kita..

memang kita akan merasa sakit..

tapi ia untuk kebaikan Dunia dan Akhirat
ini yang dinamakan pengorbanan yang sebenar..
 
mungkin sekarang ramai yang tak percaya Kuasa Cinta.. "Power of Love"
Cinta ini adalah anugerah Allah kepada kita..
kita perlu guna dengan sebaik nya kan
kita perlu hargai pemberian Allah ini..
 
Cinta juga banyak mengajar saya untuk memberi dan menerima..
 
p/s : saya harap perasaan dan cinta dari ALLAH pada saya tidak akan pernah hilang..
 
sekian~~:)

Friday, August 24, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada yang mengenali diri ini samada dialam nyata atau dialam maya,

Andai ade salah dan silap, terkasar bahasa, tersalah cakap/tulis sampai terase/terkecik hati, harap diampunkan,

Andai termakan atau terminum, mohon dihalalkan......

Lidah kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan..Maafkan segala kesilapan dan keterlanjuran.....

"seindah ukhwah itu bermula dari satu perkenalan"

Salam Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....

ALASANMU.......

Alasan mu - Exist

Ikhlasnya hati
Sering kali disalah erti
Tulusnya budi
Tidak pernah engkau hargai
Berlalu pergi dengan
Kelukaan ini
Kumengalah... ku bersabar
Bertentang mata seolah-olah tiada apa
Berpaling muka ada saja yang tidak kena
Mencari sebab serta alasan yang kukuh
Supaya tercapai hajatmu
Manis dibibir memutar kata
Malah kau tuduh akulah segala penyebabnya
Siapa terlna pastinya terpukau
Pujukmu, rayumu, suaramu
Yang menagih simpati dan harapan
Engkau pastinya tersenyumDengan pengunduran diriki
Tetapi bagi ku pula
Suatu ketenangan
Andai kita terus bersama
Belum tentu kita bahagia
Selagi tidak kau ubah
Cara hidupmu
Ada rahmatnya
Bila tidak lagi bersama
Terasa jauh
Diriku ini dengan dosa
Ku tinggalkanmu walau tanpa kerelaan
Yang nyata kau tidak berubah...
Katalah apa yang kau ingin
Selagi kau dapat berkata
Memang begitu sikapmu
Semenjak dahulu

Ya ALLAH, Tasbihku di waktu DhuhaMU

Asslamualaikum wbt...

Setelah sekian lama menyepi dari dunia penulisan blog, kerana terlalu sibuk dgn tugasan harian  dan istiqamah dalam proses muhasabah diri, ari ni saya terpanggil utk menggariskan cara melaksanakan Solat sunat Dhuha di blog kesayangan saya ini bagi panduan bersama......

Solat Dhuha umpama magnet rezeki, pembuka rezeki, penarik rezeki dan bermacam-macam lagi istilah digunakan. amalkanlah solat dhuha serta bacalah ayat 1000 dinar......

Solat Sunat Dhuha juga diibarat sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala rezeki yang dilimpahkan.....

Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syamsyi
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
 
Bermaksud :
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.
 
Sesiapa sahaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Monday, May 3, 2010

Rinduuuunye..............

Dah terlalu lame benar aku meninggalkan blog ku ini, aku tidak lagi meluangkan mase untuk mencoretkan sesuatu kat blog kesayangan ku ini,

Bukan tak rindu, tp mase tak mengizinkan, lagipun, tiada ape yang aku nak updatekan, kehidupan ku hanya biase2 je......

Pergi keje, balik rumah......, pergi keje balik rumah......

Aku bz dengan keje2 ofis kuyang menimbung, bz dgn keje rumah yang tak pernah siap.....

bercampur lagi dengan mood malas nak update ku yang semakin bermaharajelela......tak tau kenapa.......








Sunday, January 10, 2010

Azam Tahun Baru - 2010

Tahun Baru menjelma lagi, selain dari umur yang kian meningkat, kite mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kite kecapi sepanjang tahun 2009, kalau azam tahun 2009 telah tercapai, Alhamdulillah....syukur......

walaupun tahun 2010 telah masuk hari ke 10, rase tak terlambat untuk sy bercakap mengenai azam baru kan,

pasti ramai berbicara mengenai azam tahun baru, saye pun ada azam tahun baru tersendiri, terlau banyak azam saya, ade yang tercapai dan ade yang belum tercapai, dan terpakse di'forward' ke tahun 2010 ni,

Barangkali pada korang, takde guna kalau berazam baru setiap tahun tp tidak pernah berjaya dan tdak dapat dilaksanakan,

Walau ape pun, saya cuma ingin luahkan tentang satu perkara sahaja iaitu tentang azam saya yang 1 ini, azam yang tak pernah berubah sejak 2 tahun yang sudah.....

ingin menjadi seorang isteri yang solehah, dambaan hati setiap wanita.... siapa yang tidak mahu membina sebuah keluarga? mempunyai suami sebagai teman setia.... anak2 sebagai penyeri dan penghibur hati..... pada saya seorang isteri bukan hanya seorang isteri untuk suami, malah seorang ibu untuk anak2 bergantung kasih. begitu juga dgn saya,

saya ingin menjadi seorang ibu yang penyayang, malah terlalu menanti kehadirannye, kami terlalu rindu kehadiran amanah Allah yang satu ini,

Ada kalanya terlalu bosan dan buntu dengan cakap2 org keliling yang kadang2 menghiris hati ini,

Saya tau setiap yang terjadi adalah ketentuanNYA, tapi saya tidak jemu2 merayu kepadaNYA,

Kerana saya tau Allah tidak akan menghampakan hambanya yang tidak jemu2 merayu, merintih dan memohon pertolongan dari NYA agar dikurniakan zuriat sebagai penyejuk mata, penawar dihati....

Akhir kata, semoga tahun 2010 ini akan tercapai azam ini dan semoga tahun ini menjadi lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya!....

Selamat Tahun Baru Masehi kepada Semua......


Tuesday, November 3, 2009

Team Building kat Ulu Slim - hari ke2


Hari ke-2 di Ulu slim, banyak aktiviti yang kami lakukan,
Selepas senaman pg dan sarapan pg, kami dibawa ke air terjun tibang untuk mandi manda dan aktiviti disane,
Layan gambar je lah malas nak cite, leh macam tu, bini sape lah ni.....
tengah tunggu member lain, ade yang masih belum sampai...

Sebelum g mandi bergambar dulu, poyo je aku ni.....
Air terjun tinggi ooooo......sejukkkkkk giler........kami ade game, masing2 bersungguh2 nak menang..... seronok.......
Tapi.....kaki ku luke, mase main dalam air, pedih giler....... masing2 dah kelaparan, makan bekal masing2.....
Petang pulak, kami ade aktiviti lagi, enjoy lah kursus kali ni walaupun aktiviti padat,
selepas game, kami dijamu dgn buah durian dan buah pulasam, banyak giler aku makan, tambah2 dapat geng yang memang kaki durian, syok..... makan tak ingat.....
malam tak boleh tido, panas, kul 12 aku mandi sungai,

Sebelah malam nye kami ade aktiviti bersame org2 asli, "menari sewang"..... lawak giler kitorang menari, tp best........

ni la penyanyi nye, panjang lagu diorang, masing2 sempuk menari, nak habiskan lagu ni, masa ni, giliran kami pulak nak mempersembahkan tarian kat diorang, "Tarian Poco poco" bukan pocong tau......diorang panggil aku cikgu tadika, ramai anak2 org asli ikut aku, asyik berlanggar dgn diorg je, tp aku ok jer..... Tarian ni abis sampai kul 12, penat oooooo, tp seronok, nak masuk tido, tp tak boleh tido panas giler, aku terus g mandi sungai, sejuknye air sungai.......baru leh lelap...
Esoknye ade aktiviti lagi........

Blog Widget by LinkWithin