Tuesday, March 31, 2009

Kawan tetap kawan.......

KAWAN
kata mak, KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......


kata abah, Kawan tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk, Kawan tu seperti air, ia terus mengalir.....

kata nenek,
Kawan tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh disana....

kate abang,
Kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
Kawan tu macam biskut sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR,
BAK BULAN, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan...

tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
aku akan jd kawan yang setia.....
itu cara aku berkawan..!!


FRIENDSHIPS NEVER ENDING!!!!!!!...........

Monday, March 30, 2009

Perlukah kite berkorban lagi?..

Dalam mencari erti sebuah kehidupan banyak menuntut pengorbanan yang kadang2 membosankan dan sering membuatkan kite rase wujudnya ketidakadilan disebelah pihak saje, banyak kisah yang aku dengar hanya satu pihak saje yang berkorban sedangkan pihak yang satu lagi tidak pernah nak hargai,
biasanya ia banyak terjadi kepada pasangan suami isteri, mereka terpaksa berkorban demi membahagiakan anak2, ibubapa dan org2 terdekat sehinggakan timbul perasaan tak puas hati.
tp bagi aku setiap pengorbanan itu tidak semestinya dibalas, cukup sekadar ia dihargai.

"Andai Pengorbanan itu harga sebuah cinta aku terlalu byk membayar harga cinta itu..jgn ditanya sebyk mana pengorbanan yang telah aku buat krn aku sendiri tdk pernah mengiranya.. tp, andai pengorbanan itu tdk dihargai perlukah aku berkorban lg?"

"Wahai insan bernama suami.............."

Tiada ape yang nak aku bebelkan dalam blog ni, aku hanya ingin berjinak2 dgn blog jer, ni adalah satu permulaan untuk menulis ape yang mampu terluah...

ini adalah untuk renungan kaum adam yang bergelar suami agar lebih memahami hati kaum hawa yang bergelar isteri,


" KEPADA INSAN YANG BERGELAR SUAMI "
"Bila isteri benar-benar jatuh cinta dan setia pada suaminya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati isteri yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan isteri sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk suaminya. Sekeras manapun hati isteri ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Diantara tanda-tanda isteri yang mencintai suaminya ialah:

- Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk suaminya dengan rela bukan kerana terpaksa dan dia sentiasa cuba menghiburkan suaminya.
- Dia banyak menasihati suaminya kerana dia amat menyayangi suaminya.
- Dia berusaha mengongkong kebebasan suaminya kerana perasaan cemburunya yang meluap2 kerana dia sentiasa takut kehilangan suaminya dan sentiasa mengawasi pergerakan suaminya kerana dia sentiasa berasa curiga.
- Dia tidak suka ada wanita lain rapat dengan suaminya, oleh itu, ia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila suaminya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu suaminya melayannya lebih dari org lain dan pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh suaminya.
- Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu suaminya melakukan apa saja.
- Dia akan mengelabah apabila suaminya berjauhan daripanya terlalu lama.
- Dia sentiasa mempastikan keselamatan suaminya dan mementingkan suaminya daripada dirinya sendiri.
- Dia kerap bertanya adakah suaminya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada suaminya dan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan suaminya walaupun terpaksa menunggu suaminya dengan sabar

- Dia sentiasa cuba membanggakan suaminya di depan org lain.
- Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali suaminya malah dia tidak akan berlaku curang kepada suaminya kerana hatinya 100 peratus mencintai suaminya.
- Dia menganggap suaminya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri..
- Seorang isteri mudah menitiskan airmata hanya untuk menagih kasih seorang suami.

Dari lubuk hati yang paling dalam ….RENUNG2 KANLAH....

Tuesday, March 17, 2009

Salam Ukhwah.....

Hanya satu percubaan yang tak mungkin akan berakhir.......
Blog Widget by LinkWithin