ini adalah untuk renungan kaum adam yang bergelar suami agar lebih memahami hati kaum hawa yang bergelar isteri,
" KEPADA INSAN YANG BERGELAR SUAMI "
"Bila isteri benar-benar jatuh cinta dan setia pada suaminya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati isteri yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan isteri sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk suaminya. Sekeras manapun hati isteri ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Diantara tanda-tanda isteri yang mencintai suaminya ialah:
- Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk suaminya dengan rela bukan kerana terpaksa dan dia sentiasa cuba menghiburkan suaminya.
- Dia banyak menasihati suaminya kerana dia amat menyayangi suaminya.
- Dia berusaha mengongkong kebebasan suaminya kerana perasaan cemburunya yang meluap2 kerana dia sentiasa takut kehilangan suaminya dan sentiasa mengawasi pergerakan suaminya kerana dia sentiasa berasa curiga.
- Dia tidak suka ada wanita lain rapat dengan suaminya, oleh itu, ia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila suaminya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu suaminya melayannya lebih dari org lain dan pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh suaminya.
- Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu suaminya melakukan apa saja.
- Dia akan mengelabah apabila suaminya berjauhan daripanya terlalu lama.
- Dia sentiasa mempastikan keselamatan suaminya dan mementingkan suaminya daripada dirinya sendiri.
- Dia kerap bertanya adakah suaminya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada suaminya dan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan suaminya walaupun terpaksa menunggu suaminya dengan sabar
- Dia sentiasa cuba membanggakan suaminya di depan org lain.
- Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali suaminya malah dia tidak akan berlaku curang kepada suaminya kerana hatinya 100 peratus mencintai suaminya.
- Dia menganggap suaminya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri..
- Seorang isteri mudah menitiskan airmata hanya untuk menagih kasih seorang suami.
Dari lubuk hati yang paling dalam ….RENUNG2 KANLAH....
No comments:
Post a Comment