Friday, September 18, 2009

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin"


Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh........

Ramadhan kini makin ke penghujung pintunya.

Dikesempatan ini saya dan hubby nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, kepada semua umat islam yang akan merayakan hari raya aidilfitri pada ari ahad ni,

Kepada pengunjung, sahabat, rakan blogger dan follower.. Tidak ada yang lebih mulia pada hari raya dimana semua malaikat memanjatkan doa, tidak ada perbuatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah,

teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...semoga Ramadhan ini membawa perbaikan, dan kesejukan...Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung mahupun tak langsung saya ingin memohon maaf atas lisan yg tak terjaga....Janji yang terabaikan....Hati yang berprasangka & .....Sikap yang pernah menyakitkan hati mane2 pihak.

Kepada Hubby tersayang, kaulah antara insan yang paling ku sayang......ampun dan maaf andainya isteri mu ini…Terkasar bahasa dalam bicara, Tersilap bicara semasa bersama, Termarah yang tak kena tempatnya, Tertanya tak tentu hala..Tersasul yang tak sengaja, Tercubik kat mane2, Terpekik kuat di telinga, Termoody tak semena-mena, Teremail atau termesej benda yang tak sepatutnya kau terima, Termacam-macam yang kena-mengena..

Di hari yang mulia ini, ku ingin menyusun sepuluh jari, Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana aku masih bernama manusia, Pastinya tak lepas membuat dosa semoga dimaafkan

Seperti sebuah perjalanan hidup,semua yang telah terjadi tak mungkin terulang. Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

Selamat Menyambut Lebaran Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DariKu dan Hubby.....

" Marhabban Ya Ramadhan, & Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. "

No comments:

Blog Widget by LinkWithin