Thursday, July 30, 2009

Apakah ini bahasa Tuhan padaku

Entri kali ni agak syahdu....huhuhuh isk.. isk... aku tengah melayan emosi aku ni, korang jangan kutuk tau....sebabbbbbbbb................

Aku adalah aku, bagi aku, terlalu indah perasaan ini bila bertemankan dunia maya ini, melayani blog yang diisi dengan alunan lagu2 yang menggamit ketenangan dihati ini.

Aku tau aku tak selayaknya untuk menempatkan diriku disampingNYA, aku percaya apa kata yang tuhan telah bisikkan, ini adalah yang terbaik untuk aku.

Aku sering merasa dunia tidak adil kepada ku. aku selalu merasa kenapa aku harus melalui ni semua sedangkan orang lain........haruskah aku sesali di atas ape yang telah terjadi, ini semua diluar jangkaan ku, itu sudah ketentuanNYA, atau mungkinkah ini bahasa Tuhan pada ku.

Salahkah aku melakukan ape yang patut aku lakukan? kenapa aku yang patut disalahkan dalam hal ni, aku pun manusia biase yang punyai kelemahan dan kekurangan, tapi berbekalkan didikan aku masih waras, dan boleh berfikir mana baik dan mana yang buruk,

Selepas solat tadi aku bertafakur sejenak memikir ape yang terjadi ari ni, akukah yang patut disalahkan, percayalah apa kata yang tuhan telah bisikkan, ini adalah yang terbaik, Aku masih ada insan2 terdekat dengan ku yang masih sudi membuatkan jiwa ku tenang, kenapa begitu mudah mempermainkan lidah, menjual madu dibibir yang dibayar tunai dengan racun,

Sedayanya aku cuba mendorongku untuk tetap bertahan! menghadapi dugaan ini, mengakui kenaifan diri...

Jika aku merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....
Allah SWT tahu betapa kerasnya aku sudah berusaha.

Ketika aku sudah sekian lama menangis dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmataku menjadi mutiara.

Jika aku pikir bahawa hidupku sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama2 denganku dan sentiasa membantu ku.

Ketika aku merasa sendirian dan teman-temanku terlalu sibuk dengan urusan sendiri.
Allah SWT selalu berada di sampingku.

Ketika aku pikir bahawa aku sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa2 lagi....
Allah SWT punya jawapannya dan tahu sebabnya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan aku merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanku.

Jika tiba-tiba aku dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadaku.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberiku rahmat.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan aku dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padaku.

Ketika aku memiliki hajat untuk dipenuhi dan mimpi untuk dicapai...
Allah SWT sudah membuka mataku dan menyeru namaku.

Jangan terlalu taksub dengan kelemahan orang lain kerana kita hanyalah manusia yang mempunyai banyak kelemahan yang tersembunyi yang kita tak sedari. Percayalah bahawa, kite adalah ditadbir bukan kite yang mentadbir.....


Sekian Wassalam....

Sunday, July 26, 2009

Gosok jangan tak gosok....

Ni pun nak crite ke, lantak lah, aku tak kisah, aku nak crite gak, korang nak dengar ke tak aku nak crite jugak.

Saje je, aku kan bukan selalu pun dapat kuar jalan2 dengan hubby macam ni, biasenye cuti hujung minggu aku hanya melepak di rumah atau balik rumah mak mertua.

Sebenarnya aku nak crite pasal 'Car wash' ni, walaupun ianya bukanlah 'Snow Car wash' yang ada buih putih2 tu, tp hubby aku cukup suka cuci kete kat sini.

Car wash ni kat tepi stadium paroi tu, seberang jalan dari gerai2 kat sebelah stadium tu, tepi kawasan perumahan.

Kata hubby aku, cara dia basuh puas ati, dia basuh cermat, memang bersih dia basuh,semua dia gosok, kalau vakum kat dalam, siap dia pakai berus cat untuk yang kat celah2, spray bagi wangi dalam kete.

kalau suruh basuh enjin pun, memang bersih dia basuh, kami kirenya pelanggan tetap dia lah,
ramai gak orang basuh kete kat sini.

Sebelum dibasuh, masa ni nak basuh enjin dan bawah sekali, sebab tu lah kene naik atas tu, seriau je aku masa dia nak bawak naik atas tu, takut tayar tak kene atas laluan tu, "dia kan dah biase buat" kata hubby aku.
Dah siap dah basuh enjin dan bawah.......kite basuh body dia pulak, dia tengah sembur air dulu nak bagi kembang segala kotoran kat body kete, senang sikit nak gosok nanti kan.
Dah siap dah, tunggu nak lap je lagi, sukenya dah siap, lame tunggu ooooo.....

Dah siap bayar semua kami pun gerak balik, takde lah mahal mane, RM15 je, sebab basuh semua sekali kan.

Kami terus balik rumah, sebab hubby ku dah lewat nak masuk keje,

Sekian sahaja aktiviti hujung minggu aku kali ni, hubby dah g keje, duk sorang lagi la aku......
huhuhu........waaaaaaaaaaaa.............

Jom Poi Ekspo.....


Jom...! kite poi ramai2 dataran paroi, sebolah stadiom paroi tuu har...ado ekspo pertanian dan perladangan peringkat negori sombilan ni har.....

Macam2 ado, produk2 pertanian, ado buoh2 an, pokok yang dah di kacuk pun ado, yang dah berbuoh pon ado.....toksah tunggu lamo2, boli pokok dapat buah her sekali....

Tapi mase kami sampai orang tak ramai lagi, gerai pun tak banyak bukak lagi, tapak ekspo ni luas sangat, naik lengoh jugak lah kaki jalan, ada pentas, ada khemah yang ada econ sekali, gerai2 pun banyak,

Tak lupa jugak ada pameran baka ternakan yang bermutu hasil penyelidikan institut pertanian, ada lembu, kambing, biri2, arnab, kucing, ikan dan macam2 lagi,

Ada pameran perubatan menggunakan lintah, pertandingan memancing udang galah, permainan tradisi pun ada, galah panjang dan lain2 lagi.


ni antara gambar2 yang sempat aku snap mase kat dalam khemah econ tu, tak banyak sangat, malas nak snap gambar.

Ni adalah pentas, cantik kan hiasan dia, siap ada replika rumah minangkabau lagi, hiasan pentas semua dari tumbuhan hidup, sedap mata memandang.

Ni hasil rekaan jabatan pertanian, jentera untuk menanam benih padi, sebelum ni ada jentera untuk membajak je kan, dengan teknologi terkini, jentera untuk menanam benih padi pun ada, nanti malaysia taklah kekurangan beras lagi kan, maka kurangnya import beras negara,
acik banggo........


Dah penat jalan, hubby ku ajak g basuh kete, dah lame kete kami ni tak dibasuh, tuannya pandai naik je, al maklum lah asyik sibuk je.

ok, sekian saje kisah pengembaraan yang melenguhkan kaki ku....hehehehe

Sarapan Nasi Dagang

Pagi tadi aku kat dapur dok pikir2 nak buat sarapan ape pagi ni, dalam ati terdetik kalau makan kat luar best gak ni,

Tibe2 hubby bersuara suruh bersiap2, tak payah wat sarapan, kite sarapan kat luar ari ni, mungkin dia tau kot aku tengah takde idea nak masak ape untuk dia,

Kami pun kuarlah, kami sarapan kat kedai di dataran senawang, macam2 makanan ade, nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, lak sam, laksa penang, dan lain2 lagi, kuih2 pun banyak.

Aku dan hubby makan nasi dagang dan karipap sorang sebijik, aku minum teh O panas dan hubby ku mesti minum nescafe tarik, minuman 'favourite' dia.

Nasi dagang dia, oklah, tapi tak sesedap nasi dagang terengganu, kalau ikut tekak aku masih lagi tak menepati piawaian 'pure' nagi dagang buatan orang terengganu.

Mase nak balik tu, aku saje lah ajak hubby aku g jalan2 dulu, malas nak balik rumah lagi, saje je aku ajak, aku tau hubby aku tentu penat, dia nak rehat sebab dia keje petang ari ni.

Aku tunggu dulu, kalau dia angguk, aku suke la, tp kalau dia geleng, aku tak kisah pun....(ayat pujuk ati sendiri)hehehe....

hubby aku nak g, horrreeey....sukenya ati aku, ati ku bagai di geletek2, aserehe he he ....sambil menari ala ala twis, hehehe.....

Saturday, July 25, 2009

Nikmat keberkatan hidup

Hidup di dunia ini tidak lepas dari menghadapi ujian dariNYA, hanya orang2 yang betul2 tabah sahaja mampu menghadapinya dengan hati yang redha.

Aku juga tak lepas dari diuji, pelbagai ujian yang aku terpakse lalui, tapi aku terima ujian ini dengan pasrah, pada aku setiap makhluk didunia ini pasti diuji, cuma bentuk ujian yang mereka terima saje yang berbeza, dari ujian ini lah kite boleh lihat dimana kasih sayang Tuhan pada hambanya.

Teringat aku pada perbualan aku dengan kawan2ku mase makan tengahari ari jumaat lepas, antara keberkatan hidup adalah dengan sentiasa berbakti kepada orang tua kite dan sentiasa bersedekah, selain dari kite tidak lupa menunaikan apa yang dituntut kepada hambanya.

Pada aku, nikmat keberkatan hidup juga berkait rapat dengan matlamat perkahwinan itu sendiri...suami dan isteri memenuhi hak dan amanah yang dipilih...

Dunia merupakan persinggahan sementara sahaja...medan ujian untuk mengumpul aset dan saham untuk dibawa pulang ke akhirat yang abadi...namun seringkali juga kita alpa...lena dibuai tipu daya muslihat dunia.....

'Sehinggakan peranan suami sering dilupakan.... hak isteri juga diabaikan.....didikan anak2 terbiar tanpa pemantauan'.

Seringkali juga dunia dijadikan matlamat...bila dunia...kebendaan dan seangkatannya kita jadikan matlamat ketenangan yang hakiki tidak mampu kita gapai...

Teringat aku kata2 ibuku, pada aku dan hubby, sememang wang ringgit ini penting kita tak nafikan namun dalam kehidupan jangan sesekali ianya dijadikan matlamat...takkan cukup, lagi pening kepala nanti...ambil dunia seadanya...keberkatan yang kita carik...berbalik kembali kepada PENTADBIR YANG MAHA AGUNG...

Rezeki yang datang nanti lebih bermakna...bukan sahaja dalam bentuk RM (yg selalu org tafsir) tapi juga ilmu, kebahagiaan, ketenangan...itulah sebahagian tanda hidup yang diberkati Allah...

Hubby aku selalu cakap, "biar orang nampak kita tak berduit, tak berpangkat besar dan kurang segala2........"

"Tapi Alhamdulillah, kehidupan kite sempurna, yang penting kite bahagia, Allah cukupkan kite segala keperluan, makan pakai, kite mampu untuk merasa nikmat hidup didunia, dan yang penting kite tak menyusahkan orang kan, dah tu bahagian kite.....mana yang kite boleh kongsi kite kongsi, sebab tu abang selalu suruh sayang bersedekah" untuk mencari keberkatan hidup bagi perkara yang lain..

kata2 hikmah hubby ku sentiasa aku pegang, dan aku jadikan perisai kepada hati ku yang sering merasa tidak puas dengan ape yang aku ada, sebab aku masih lagi menanti kehadiran sebahagian lagi AmanahMU Tuhan.

“Kekadang Allah hilangkan matahari dari pandangan kita,kemudian Dia datangkan mendung,hujan dan petir..kita menangis mencari sinar cahaya, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi untuk kita”

“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pada pintu lain yang dibukakan untuk kita”.

Syukur kepadaMu Tuhan kerana mengkurniakan aku seorang suami yang penyayang, sabar dan tabah melayan kerenah ku ini, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang, semoga kehidupan kami akan tambah berseri dengan kehadiran amanahMu buat kami.
AMINnnnnnnnn..........

"Terima Kasih Abang kerana sudi menjadi suami sayang, menjadi pendamping yang setia, kasih sayang abang sentiasa dihati sayang sampai bile2......., sampai akhir hayat sayang....."

- I L.O.V.E U so much -

Friday, July 24, 2009

Nak bagi ape ni?

Bulan Ogos ni merupakan bulan yang cukup bermakne bagi kami, banyak ari2 yang perlu kami raikan, sambutan besday hubby ku, besday aku sendiri dan anniversary kami,

Sebenarnya aku tengah buntu, duk terpikir2, nak bagi hadiah ape untuk besday hubby ku. binggung2.... adoh......guwe binggong nie....mau ngasih ape.....

Ade seminggu je lagi mase untuk aku putuskan nak bagi ape, besday dia pada 2 ogos ni, kalau boleh aku nak bagi benda yang boleh dia ingat selalu, pendek kate, dia bawak ke mane2 dia pegi, panjang pulak kate, bende yang dia selalu guna lah....hehehe....

Hadiah ni sekali dengan hadiah anniversary lah kan, tu yang untung tuu..... acik sukooooo.......jimat duit kan, sape2 ade cadangan, tolong lah bagi 'suggestion' kat aku ni, tolong tau........ (gaye memakse ke? tak kan) hehehehe......

Aduihhhhh..... pening2......

Tuesday, July 21, 2009

Aku dah sihat kawang2....

Saje je aku nak update, tak tau nak cite ape, aku nak bagitau aku dah sihat, dah tak demam lagi,

cume suare je masih sengau lagi,

selsema ade lagi, cepat2 lah ok, aku tak selesa sangat, nak makan pun tak selera, takde rase ape2, orang masak sedap pun aku kate tak sedap, mcm ni kalau demam.

Gambo takde kene mengene, aku suke2 nak letak, kalau takde gambo mesti korang bosan bace blog aku kan,

jgn kate korang, aku sendiri pun dah naik bosan, asyik tengok tulisan je, gambo takde langsung, naik berpinar biji mate aku ni.

gambo tu mase aku kursus kat genting, kelas sampai kul 4.30 je, lepas tu kitorang ape lagi, merayap lah, sampai kat atas puncak nuuun haaa,

jalan sampai tak ingat, abih lengoh2 kaki aku ni, tp demi kwn2 ku dari sabah ni aku tak kisah pun,

ok, tu je aku nak update, takde cite nak dibebelkan...


bye.....

Monday, July 20, 2009

Demam lagi laaa.....

Bersiaran dari rumah,...Seremban...... frekuensi 123.007

Ari ni aku tak g keje, aku demam la, aku amik MC je,
Jd, aku takde lah nak update ape2 crite critu untuk tatapan semua.

Cuma aku nak bagitau yang aku tengah bertarung dengan panas badan (suhu : 39.5 darjah celcius), selsema (sroooot.....3x), sakit kepala (weng...2x) dan batuk2 (kong kong....uweeeekkk)....(ayat tak tahan tu...)

Aku tak tau knp sejak akhir2 ni aku selalu sangat tak sihat, antibodi tak kuat langsung, lembik, sekali kene 'debik' je dah tertonggeng......

Selama ni akulah orang paling kuat, gagah perkase, badang, lipas kudung, lasak , tak lembik, keras ati, and what ever lah... dalam famili, dalam famili aku je tau, jangan salah paham lak.....

Tp sekarang dah lain, al maklumlah dunia dah berubah, umur pun dah meningkat, macam2 hal.....

Walaupun aku MC, tp fikiran aku tetap kat tempat keje, badan je kat atas tilam ni, tengah baring, tp ati dah sampai kat opis dah kul 7 pg td......hehehe(pekerja contoh ke ni), uuuweekwekwek....menyampah kat diri sendiri....

Bukannye ape, kojo acik banyok, lagi pun ari ni nak kene g putrajaya, ada seminar, rugi oooo....

ok lah, kepala aku pening lagi lah.... kite stop dulu ye, nanti ada ape2 aku update lagi ye...

Bye bebeh......

Status : Demam la wehhhhh......

Saturday, July 18, 2009

Nasi Lemak ku....

Ok, tuan2 dan puan2,
Ari ni kite bersama saya, "Chef yatie" dalam rancangan resipiku resipimu jua....hehehe

Abang,
keranamu syg sanggup lakukan ape saje.... walau merentasi lautan api sekali pun.. panggg....3x, (baru sedar)....sori2..... diluar kawalan tadi, maklumlah kepala tengah weng.....
kenapa tibe2 jiwang karat pulak aku ni.... ok ok... kite sambung ye....

Dalam entry sebelum ni aku kate aku tak sihat kan, tapi sebab hubby ku mintak aku masakkan nasi lemak, aku buatlah, aku kan isteri yang solehah....sori2, terangkat ekor sendiri, bukan salah aku, weng aku datang lagi......

Tung..tang.....2x, pung...pang....2x, aku kat dapur nak tunaikan permintaan hubby, akhirnya siap jugak....ni la hasilnya....

lihatlah nasi lemak ku yang tak seberapa ni, tapiiiiiii... sedap tauuuuuuu.......

Bukan main berselera aku tengok hubby ku makan, tengok dia makan hatiku jd berbongeee2...........
Makan nasi lemak dengan nescafe panas, sedappppnye...hingga menjilat jari....oopps sori, silap iklan ni iklan KFC, aku terambik buat iklan nasi lemakku pulak.........

ok tuan2 dan puan2,

ari ni kite nak masak nasi lemak ye, antara bahan2 nye adalah:-


Bahan untuk nasi:-
@ 2 cawan beras
@ 2 cawan santan (aku tak guna air)

@ 1 helai daun pandan (disimpul tau...)
@ secubit garam


Bahan untuk sambal:-
* 4 sudu besar cili kering mesin
* 6 ulas bawang merah -ditumbuk
* 2 ulas bawang putih -ditumbuk
* 1 biji bawang besar -dihiris
* segenggam ikan bilis (dibasuh dan digoreng)
* sedikit air asam jawa
* garam n gula secukup rasa


Bahan sampingan lain :-
Ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, telur rebus dan timun.


Cara-cara
Beras mestilah dibasuh terlebih dahulu, masukkan santan, daun pandan serta secubit garam (nak kasi dia rasa lemak sikit) dan masak seperti nasi biasa.
Tumis bawang yg ditumbuk dan cili mesin..hingga sedikit garing (petua nak kurang pedas) dan pecah minyak.
Masukkan air asam, masukkan garam n gula, last sekali, masukkan bawang yang dipotong dan ikan bilis goreng tadi, Masak sehingga agak pekat. rase dulu, dah ok, boleh tutup api.

ok, dah siap, boleh dihidangkan...nyum, nyum....

Sekian dari Chef Yatie, SELAMAT MENCUBA......

Sakitnye Kepale......

Dah lame aku tak crite critu kat blog aku ni, mesti korang tertunggu2 kan, dah bersawang dah blog aku ni,

ye lah, balik keje dah lewat, terkejar2 nak masak lagi, nak basuh kain baju lagi, sapu ape yang patut, aku dah penat, siap segala bagai, dah ngantuk, terus tido, sebab esoknye nak kene bangun awal,

jadi, aku terpakse biarkan blog aku ni bersawang, waaaaaaaa..

Sabtu dan Ahad adalah Syorga bagi seorang wanita yang berkerja, macam aku ni, jd, aku amik kesempatan ni update mane yang patut kan...

Adoi.........sakitnye........huhuhuuuuuuu

Aku tak tau knp sakit sangat kepala aku ni, rase macam di ramas2 je, rasa macam nak pecah je, dah lah sakit tekak, nak makan pun tak selera.

Pagi tadi liat je aku nak bangun solat subuh, demi kewajipan seorang hambaNYA, (macam ustazah la pulak...) aku gagahkan jugak, walaupun jalan terhuyung hayang.

Tibe2 aku teringat, malam tadi hubby dah cakap dia nak makan nasi lemak aku buat, aku tak nak hampakan hubby ku, nanti kempunan.... aku.....jugak yang susah,

Aku masak nasi lemak kat dia dulu, walaupun aku tak berapa sihat aku buat jugak, ye lah kan, kewajipan seorang isteri menjaga makan minum suami......hilang sakit ku bile tengok hubby ku berselera makan air tangan ku, vanggenye......

Lepas hubby dah g keje, aku duk rumah sorang2, aku asyik tido, keje rumah pun aku tak buat, nak update blog pun malas, boleh dikatakan semua malas lah.

korang tengok lah tu, aku tak lipat kain, malas betol lah, bini sapo la ni..... bini nizam....(sambil kenyit2 mate kat hubby).....
Uissh..., hubby aku keje la..., tak leh nak manje2, kalau dia ada, leh nangis2 manje mintak picit2kan kepala. ngada2 betol aku ni, pangg... pangg... kat diri sendiri.

Tapi, aku dah bagitau hubby aku tak buat keje rumah ari ni, dia suruh aku rehat jer, "hai, senangnye dalam hati, bile....." tibe2 ternyanyi lagu P.Ramlee pulak...

(Sori ye gambar tak cantik), tak kire aku nak letak jugak,

Ok, sekian saje bebelan ku ini.. Layannnnnn.....

Abby Fana (sinar.FM)

Biar korang nak cakap ape pun, aku nak cite jugak,

Semalam kan ari jumaat, ari yang paling ditunggu2 oleh orang2 seperti aku ni, esokkan cuti, yaaahuuuuuu......ya bedabedu......

Sebenarnya aku nak cite pasal ni, pasal Skuad Sinar.FM datang kat ofis aku, bukan datang ofis aku, tapi dia datang kat bawah jer, depan ofis aku, kirenye dekat jugak lah,

Aku tau pun dah lambat, member aku yang bagitau, kitorang ape lagi, terhegeh2 lah turun, nak jawab soalan yang ditanya kononnya, nak dapat hadiah katakan,

Dah sampai bawah diorang dah abis dah, tinggal yang duk bergambar je ngan penyampai Sinar, Abby Fana, i followwwww..........
Aku ape lagi, tumpang la sekaki, Abby ni kecik je orangnye, tapi dia ramah sangat,
Aku nak letak jugak gambar aku kat sini, biarlah ape org nak cakap pun, ade aku kesah....yang penting aku heppi......Nak jugak amik gambar kat Tabung tu, teruk betol lah....hehehehe.... tp takpe, tak kene bayar pun kan,
Aku tak dapat ape pun, cume dapat stiker frekuensi Sinar dan poster Machester United(MU) je, tp aku bagi kat kakak ofis aku, suruh bagi kat anak dia, aku amik nak buat ape kan, lebih baik aku bagi kat budak2.

Sekian saje crite critu ku ini.. i followwwww........

Sunday, July 12, 2009

Adik2 baru ku......

Tak tau nak cite ape, saje je aku nak kongsi cite ngan korang,
aku nak cite pasal adik2 baru aku ni, minggu lepas kitorang g giant, nak beli barang dapur sebenarnye, lepas shopping2 apa yang patut.


mase nak balik, tiba2 hubby aku ajak g kedai jual hamster, aku tanye nak wat pe, bukan ade ape pun, dia ckp ikut je lah,

sampai sane rupenye dia nak beli hamster, kami beli sepasang, comel sangat, kami siap beli dengan sangkar dia sekali, sangkar dia siap yang ada permainan dia lagi, hubby suruh aku pilih nak yang mane satu, mestilah aku pilih color pink...hahaha


Murah jer... sepasang hamster ni sekali ngan sangkar, makanan dan habuk kayu, baru RM8+.
pakcik tu siap rekemen kan beli syampu dia, kalau dia sakit pun ade ubat dia, boleh dikatekan semua ade kat situ.

Masa nak balik pakcik tu siap cakap kat kitorang, Selamat beranak pinak, nak gelak pun ade.....har har...

Kami bagi name kiki dan Lala, si Lala ni pemalu, asyik duk dalam rumah jer, malu nak kuar.....tp si kiki ni paling nakal, bila nak pegang je mesti dia gigit tangan hubby aku, tp tak sakit sebab dia kecik lagi.....
bukan main aktif lagi hamster kami ni, asyik main jer.... suke aku tengok dia main.Tengok tu, macam dia tau je org nak amik gambar dia, posing tak tahan tue....mase ni dia dah kenyang, dua2 dah nak masuk tido, SELAMAT MALAM Sayang......Hubby aku suke sangat melayan hamster ni, balik je keje mesti dia tengok hamster dia ni, yang lawaknya, siap berborak lagi tu,


Tapi, yang lawaknye, mase malam kitorang beli hamster ni, hubby aku sampai tertido ngan hamster, aku sedar2 kul 1.30pg tengok dia tertido ngan si hamster ni,

Bile dah ade hamster ni, sekurang2nye tak lah boring sangat aku duk rumah sorang2, sebab dah ade kawan....

Saturday, July 11, 2009

Sukarnya dapat Zuriat sendiri........

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kwn2...

Ari ni cuti, aku mcm biaselah, tak g mane2, nak kuar malas, tak best kuar sorg2, kalau ada hubby best gak, jd aku amik keputusan nak duk rumah je, hubby keje, semua keje dah settle, jd aku pon membebel lah kat blog aku ni,


Melewati perjalanan hidup...pelbagai bentuk dugaan dan ujian yang dihadirkan Allah...ada yg diuji dgn kemewahan, pangkat, darjat dan harta dan ada pula yg diuji dengan musibah, penyakit, kemelaratan, kemiskinan, perpisahan, kematian dan sbgnya. Namun tak kurang juga yg diuji dengan PENANTIAN ZURIAT...

Setiap yg berumahtangga mengimpikan kehadiran cahayamata buat penyeri mahligai yg dibina...malah bukan itu shj...ZURIAT @ ANAK-ANAK ini jugalaa merupakan sebhgn ASET kita...bukan shj tempat menumpang kasih tapi juga pembantu kita apabila pulang mengadap Ilahi.

Tekanan dan beban emosi yg dialami oleh mereka yg diuji bukan sedikit...bibir mengukir senyum tapi tiada siapa yg tahu HATI MENANGIS HIBA...lebih- lebih lagi apabila mendengar perkhabaran dikalangan sahabat-handai mahupun saudara-mara yang menerima kehadiran cahayamata.. .lebih mengguris kalbu lagi yang lebih dahulu berkahwin sudahpun bergelar ibu atau bapa...perasaan & tekanan emosi ini adakalanya menyebabkan stress, kemurungan dan gangguan kpd personaliti. Tanpa disedari terkadang membuatkan individu menarik diri, memendam, pendiam dan mudah sensitif.Malah ada juga yg menyuarakan mereka mudah panas baran...berfikiran negatif dan pelbagai lagi.


Begitu juga dengan aku, kami berkahwin dah lebih setahun, dah dekat nak sambut anniversary kali ke-2, kami masih belum berpeluang menimang cahayamata sendiri, mungkin ni salah satu ujian untuk kami, kami terima dengan redha, walaupun hati ni kadang2 tersentuh, perasaan ini kadang2 mudah terasa dengan kata2 yang menyakitkan telinga dan meruntun hati, hanya hubby tempat aku mengadu dan meluah ape yang terbuku.

Kembali kepada Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.... Pada Ilahi tidak pernah kami lupa berdoa didalam sujud kami, dan kepadaNYA juga kami mengadu setiap ape yang tidak mampu kami tanggung lagi, malah kami sentiasa berikhtiar, mungkin Tuhan mahu menguji ketabahan hambanya dan mahu hambanya berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diinginkan. bukan hanya berdiam diri, menunggu yang belum pasti.

Hubby aku selalu ckp, dia tau bile aku sentuh atau dukung anak org, senyuman aku mcm tak ikhlas, senyuman yang dibuat2, sentuhan aku sentuhan membara, macam ade bara api kat tangan, dia dapat bayangkan bagaiman emosi aku yang mendambakan kehadiran cahayamata, naluri wanita tidak sekuat naluri lelaki, walau aku tau dia pun seperti aku. yang membezakan, dia boleh sorokkan perasaan itu.

kami dah berjanji akan berikhtiar dan berusaha, krn kehadiran cahayamata adalah lambang keagungan cinta kami, setiap yang berada dimuka bumi tidak lepas dari ujian dari ILahi, cuma yang membezakan bentuk ujian yang dihadapi.

Thursday, July 9, 2009

Rindunye kampung......

Rindunye kat kg, sekarang ni musim buah, kalau duk kg, mesti best kan, macam2 buah ade, dari sekecik2 buah hingga sebesar2 buah, rambutan, durian, manggis, duku, langsat, dokong, salak, kundang dan lain2, buah yang korang tak pernah tengok pun ade, tp buah2an tempatan je lah, buah epal, anggur, strawberi takde lah...jgn korang tanye lak, maklumlah kg, mcm2 adaaaa....gulp gulp... gaye org telan air liur...nikmatnye.....

Teringat mase kitorang kecik dulu, kalau musim buah je mcm pesta kat rumah aku, kitorang makan buah ramai2, siap buat pertandingan sape mkn paling banyak,

di rumah inilah banyak kenangan kami adik beradik, disinilah tempat kami berteduh dari panas dan hujan..........



halaman rumah yang penuh dengan pokok2 yang mak dan ayah aku tanam....

pandangan dari tepi rumah, pangkin tepi sana tempat kitorang selalu makan buah petang2....

rindunya kat kampung, rindu suasana kampung yang tenang dan aman, udaranya yang nyaman dan airnya yang sejuk.....

tak sabarnye...nak balik kampung.......

karnival kerja kat Tampin........

Cite ni dah lame, tp aku nak cite jugak, tak banyak aku amik gambar, ckit jer, 13 jun ari tu, ari sabtu, aku terlibat dgn "Program Train & Place" kat Dewan Majlis Daerah Tampin, N.9, aku g ngan En fauzi, kami kene sampai sane dalam kul 8.30pg, aku apelagi kene bangun awallah, nak bersiap segala bagai, kul 7.30 pg dah kene siap sebab en fauzi nak datang amik kat rumah,

Tengah2 nak pakai tudung, tibe2 handset aku bunyi, hah en fauzi dah sampai ke? terus kelam kelibut, en fauzi dah sampai Tol Senawang,huhuhuh.... dia call nak tanya jalan mcmane nak g rmh aku, semalamnye aku bagi map simple sgt kat die, dia tak paham,

aku ape lagi, sebelah tangan betulkan tudung sebelah tangan lagi pegang tepon sambil kehulu kehilir, macam org giler kekdah nye, kalau korang tengok aku mase tu mesti korang gelak,

aku ni jenis bute jalan, aku bukan pandai sgt tunjuk jalan, asyik suruh en fauzi terus jer, mesti tensen driver, dah betul masuk aku g suruh kuar balik, nasib baik diorang pandai cari jalan, jumpe jugak rumah aku, kami pun gerak....

pengunjung tengah daftar kat kaunter JTK

sampai2 sane org tak ramai pun lagi, cepat2 kami prepare barang2, on laptop, printer, keluarkan ape yang patut, alamak plug rosak pulak, mcmane ni, bateri laptop ckit jer, boleh tahan ke sampai petang, en fauzi bagitau org situ, rupe2nye plug tu tak rosak tp terbalik, biasenye kalau 'on' ke bawah tapi yang ni 'on' dia ke atas, gelak besar kitorang, tp org tak ramai sgt, mungkin kurang publisiti kot, atau org tampin ni tak ramai sgt, ni JTK seremban yang anjurkan,

sebelah booth kami perkeso, tengok pakwe baju hitam tu, mcm dah sahid jer....

boring giler kami, siap main game lagi, aku siap bawak buku sudoku, rase mcm lambat je nak tunggu kul 5, layan je gambar kat dewan ni, sekali tengok mcm kat kedai kopi pun ade, ade meja dengan kerusi merah...hakhakhak..

ni pandangan dari booth kami

ni pun same.....

ni la en fauzi, dia bos paling sempoi, suke wat lawak, die tengah main 'game catur' mase ni, kusyuk semacam jer, sampai berkerut2 dahi, (ampoon.... en fauzi).belakang tu Aidi, driver kitorang.

Baju batik sponsor....

baju batik sponsor.....aku suke sangat sebab dapat baju, ofis aku ade bagi baju untuk setiap staff, baju ni sebagai baju rasmi kitorang kalau ade ape2 majlis rasmi, kami diwajibkan pakai,

dan baju ni jugak kene pakai setiap hari khamis minggu pertama setiap bulan,


kami ape lagi melaram lah, tergedik2 duk amik gambar, ni ade gambar aku dgn kwn2 1 unit dgn bos kami,



kami ngan Pn Nurein, tepi tiang pun jadi, janji dapat posing....hihihi



zie... perasan tak ade lembaga kat belakang tu...sengih semacam jer.



Amboi2..... su ngan rima bukan main senyum nye die...., hikhikhik

blog oooo blog.....

blog ooo blog.... dah lame aku tak update blog aku ni, sebenarnye dah lame dah aku nak update tp asyik tak jadi jer.... ni aku gagahkan jugak memetik keyboard ni, tok tek tok tek.....ntah ape2 je aku taip...


banyak cite yg nak di publish kan,


cite ngan kawan2, cite ngan family, cite2 lain lagi...hehehe

gambar takde kene mengena, aku nak tunjuk patung tu, aku suke sgt tengok si mashimaroo ni, muke dia unik, mcm lawak je, color putih, bersih je......
Blog Widget by LinkWithin