Saturday, July 11, 2009

Sukarnya dapat Zuriat sendiri........

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kwn2...

Ari ni cuti, aku mcm biaselah, tak g mane2, nak kuar malas, tak best kuar sorg2, kalau ada hubby best gak, jd aku amik keputusan nak duk rumah je, hubby keje, semua keje dah settle, jd aku pon membebel lah kat blog aku ni,


Melewati perjalanan hidup...pelbagai bentuk dugaan dan ujian yang dihadirkan Allah...ada yg diuji dgn kemewahan, pangkat, darjat dan harta dan ada pula yg diuji dengan musibah, penyakit, kemelaratan, kemiskinan, perpisahan, kematian dan sbgnya. Namun tak kurang juga yg diuji dengan PENANTIAN ZURIAT...

Setiap yg berumahtangga mengimpikan kehadiran cahayamata buat penyeri mahligai yg dibina...malah bukan itu shj...ZURIAT @ ANAK-ANAK ini jugalaa merupakan sebhgn ASET kita...bukan shj tempat menumpang kasih tapi juga pembantu kita apabila pulang mengadap Ilahi.

Tekanan dan beban emosi yg dialami oleh mereka yg diuji bukan sedikit...bibir mengukir senyum tapi tiada siapa yg tahu HATI MENANGIS HIBA...lebih- lebih lagi apabila mendengar perkhabaran dikalangan sahabat-handai mahupun saudara-mara yang menerima kehadiran cahayamata.. .lebih mengguris kalbu lagi yang lebih dahulu berkahwin sudahpun bergelar ibu atau bapa...perasaan & tekanan emosi ini adakalanya menyebabkan stress, kemurungan dan gangguan kpd personaliti. Tanpa disedari terkadang membuatkan individu menarik diri, memendam, pendiam dan mudah sensitif.Malah ada juga yg menyuarakan mereka mudah panas baran...berfikiran negatif dan pelbagai lagi.


Begitu juga dengan aku, kami berkahwin dah lebih setahun, dah dekat nak sambut anniversary kali ke-2, kami masih belum berpeluang menimang cahayamata sendiri, mungkin ni salah satu ujian untuk kami, kami terima dengan redha, walaupun hati ni kadang2 tersentuh, perasaan ini kadang2 mudah terasa dengan kata2 yang menyakitkan telinga dan meruntun hati, hanya hubby tempat aku mengadu dan meluah ape yang terbuku.

Kembali kepada Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.... Pada Ilahi tidak pernah kami lupa berdoa didalam sujud kami, dan kepadaNYA juga kami mengadu setiap ape yang tidak mampu kami tanggung lagi, malah kami sentiasa berikhtiar, mungkin Tuhan mahu menguji ketabahan hambanya dan mahu hambanya berusaha untuk dapatkan sesuatu yang diinginkan. bukan hanya berdiam diri, menunggu yang belum pasti.

Hubby aku selalu ckp, dia tau bile aku sentuh atau dukung anak org, senyuman aku mcm tak ikhlas, senyuman yang dibuat2, sentuhan aku sentuhan membara, macam ade bara api kat tangan, dia dapat bayangkan bagaiman emosi aku yang mendambakan kehadiran cahayamata, naluri wanita tidak sekuat naluri lelaki, walau aku tau dia pun seperti aku. yang membezakan, dia boleh sorokkan perasaan itu.

kami dah berjanji akan berikhtiar dan berusaha, krn kehadiran cahayamata adalah lambang keagungan cinta kami, setiap yang berada dimuka bumi tidak lepas dari ujian dari ILahi, cuma yang membezakan bentuk ujian yang dihadapi.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin