Sunday, July 26, 2009

Gosok jangan tak gosok....

Ni pun nak crite ke, lantak lah, aku tak kisah, aku nak crite gak, korang nak dengar ke tak aku nak crite jugak.

Saje je, aku kan bukan selalu pun dapat kuar jalan2 dengan hubby macam ni, biasenye cuti hujung minggu aku hanya melepak di rumah atau balik rumah mak mertua.

Sebenarnya aku nak crite pasal 'Car wash' ni, walaupun ianya bukanlah 'Snow Car wash' yang ada buih putih2 tu, tp hubby aku cukup suka cuci kete kat sini.

Car wash ni kat tepi stadium paroi tu, seberang jalan dari gerai2 kat sebelah stadium tu, tepi kawasan perumahan.

Kata hubby aku, cara dia basuh puas ati, dia basuh cermat, memang bersih dia basuh,semua dia gosok, kalau vakum kat dalam, siap dia pakai berus cat untuk yang kat celah2, spray bagi wangi dalam kete.

kalau suruh basuh enjin pun, memang bersih dia basuh, kami kirenya pelanggan tetap dia lah,
ramai gak orang basuh kete kat sini.

Sebelum dibasuh, masa ni nak basuh enjin dan bawah sekali, sebab tu lah kene naik atas tu, seriau je aku masa dia nak bawak naik atas tu, takut tayar tak kene atas laluan tu, "dia kan dah biase buat" kata hubby aku.
Dah siap dah basuh enjin dan bawah.......kite basuh body dia pulak, dia tengah sembur air dulu nak bagi kembang segala kotoran kat body kete, senang sikit nak gosok nanti kan.
Dah siap dah, tunggu nak lap je lagi, sukenya dah siap, lame tunggu ooooo.....

Dah siap bayar semua kami pun gerak balik, takde lah mahal mane, RM15 je, sebab basuh semua sekali kan.

Kami terus balik rumah, sebab hubby ku dah lewat nak masuk keje,

Sekian sahaja aktiviti hujung minggu aku kali ni, hubby dah g keje, duk sorang lagi la aku......
huhuhu........waaaaaaaaaaaa.............

No comments:

Blog Widget by LinkWithin