Saturday, July 25, 2009

Nikmat keberkatan hidup

Hidup di dunia ini tidak lepas dari menghadapi ujian dariNYA, hanya orang2 yang betul2 tabah sahaja mampu menghadapinya dengan hati yang redha.

Aku juga tak lepas dari diuji, pelbagai ujian yang aku terpakse lalui, tapi aku terima ujian ini dengan pasrah, pada aku setiap makhluk didunia ini pasti diuji, cuma bentuk ujian yang mereka terima saje yang berbeza, dari ujian ini lah kite boleh lihat dimana kasih sayang Tuhan pada hambanya.

Teringat aku pada perbualan aku dengan kawan2ku mase makan tengahari ari jumaat lepas, antara keberkatan hidup adalah dengan sentiasa berbakti kepada orang tua kite dan sentiasa bersedekah, selain dari kite tidak lupa menunaikan apa yang dituntut kepada hambanya.

Pada aku, nikmat keberkatan hidup juga berkait rapat dengan matlamat perkahwinan itu sendiri...suami dan isteri memenuhi hak dan amanah yang dipilih...

Dunia merupakan persinggahan sementara sahaja...medan ujian untuk mengumpul aset dan saham untuk dibawa pulang ke akhirat yang abadi...namun seringkali juga kita alpa...lena dibuai tipu daya muslihat dunia.....

'Sehinggakan peranan suami sering dilupakan.... hak isteri juga diabaikan.....didikan anak2 terbiar tanpa pemantauan'.

Seringkali juga dunia dijadikan matlamat...bila dunia...kebendaan dan seangkatannya kita jadikan matlamat ketenangan yang hakiki tidak mampu kita gapai...

Teringat aku kata2 ibuku, pada aku dan hubby, sememang wang ringgit ini penting kita tak nafikan namun dalam kehidupan jangan sesekali ianya dijadikan matlamat...takkan cukup, lagi pening kepala nanti...ambil dunia seadanya...keberkatan yang kita carik...berbalik kembali kepada PENTADBIR YANG MAHA AGUNG...

Rezeki yang datang nanti lebih bermakna...bukan sahaja dalam bentuk RM (yg selalu org tafsir) tapi juga ilmu, kebahagiaan, ketenangan...itulah sebahagian tanda hidup yang diberkati Allah...

Hubby aku selalu cakap, "biar orang nampak kita tak berduit, tak berpangkat besar dan kurang segala2........"

"Tapi Alhamdulillah, kehidupan kite sempurna, yang penting kite bahagia, Allah cukupkan kite segala keperluan, makan pakai, kite mampu untuk merasa nikmat hidup didunia, dan yang penting kite tak menyusahkan orang kan, dah tu bahagian kite.....mana yang kite boleh kongsi kite kongsi, sebab tu abang selalu suruh sayang bersedekah" untuk mencari keberkatan hidup bagi perkara yang lain..

kata2 hikmah hubby ku sentiasa aku pegang, dan aku jadikan perisai kepada hati ku yang sering merasa tidak puas dengan ape yang aku ada, sebab aku masih lagi menanti kehadiran sebahagian lagi AmanahMU Tuhan.

“Kekadang Allah hilangkan matahari dari pandangan kita,kemudian Dia datangkan mendung,hujan dan petir..kita menangis mencari sinar cahaya, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi untuk kita”

“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu yang lain dibuka. Tetapi seringkali kita terpaku lama pada pintu tertutup sehingga tidak melihat pada pintu lain yang dibukakan untuk kita”.

Syukur kepadaMu Tuhan kerana mengkurniakan aku seorang suami yang penyayang, sabar dan tabah melayan kerenah ku ini, aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang, semoga kehidupan kami akan tambah berseri dengan kehadiran amanahMu buat kami.
AMINnnnnnnnn..........

"Terima Kasih Abang kerana sudi menjadi suami sayang, menjadi pendamping yang setia, kasih sayang abang sentiasa dihati sayang sampai bile2......., sampai akhir hayat sayang....."

- I L.O.V.E U so much -

No comments:

Blog Widget by LinkWithin