Tuesday, November 3, 2009

Team Building kat Ulu Slim - hari ke2


Hari ke-2 di Ulu slim, banyak aktiviti yang kami lakukan,
Selepas senaman pg dan sarapan pg, kami dibawa ke air terjun tibang untuk mandi manda dan aktiviti disane,
Layan gambar je lah malas nak cite, leh macam tu, bini sape lah ni.....
tengah tunggu member lain, ade yang masih belum sampai...

Sebelum g mandi bergambar dulu, poyo je aku ni.....
Air terjun tinggi ooooo......sejukkkkkk giler........kami ade game, masing2 bersungguh2 nak menang..... seronok.......
Tapi.....kaki ku luke, mase main dalam air, pedih giler....... masing2 dah kelaparan, makan bekal masing2.....
Petang pulak, kami ade aktiviti lagi, enjoy lah kursus kali ni walaupun aktiviti padat,
selepas game, kami dijamu dgn buah durian dan buah pulasam, banyak giler aku makan, tambah2 dapat geng yang memang kaki durian, syok..... makan tak ingat.....
malam tak boleh tido, panas, kul 12 aku mandi sungai,

Sebelah malam nye kami ade aktiviti bersame org2 asli, "menari sewang"..... lawak giler kitorang menari, tp best........

ni la penyanyi nye, panjang lagu diorang, masing2 sempuk menari, nak habiskan lagu ni, masa ni, giliran kami pulak nak mempersembahkan tarian kat diorang, "Tarian Poco poco" bukan pocong tau......diorang panggil aku cikgu tadika, ramai anak2 org asli ikut aku, asyik berlanggar dgn diorg je, tp aku ok jer..... Tarian ni abis sampai kul 12, penat oooooo, tp seronok, nak masuk tido, tp tak boleh tido panas giler, aku terus g mandi sungai, sejuknye air sungai.......baru leh lelap...
Esoknye ade aktiviti lagi........

Team Building kat ULU SLIM - hari pertama

Dah lame aku tak update blog kesayangan ku ni, tiada sebab lain tp penyakit pemalas aku ni semakin menjadi2 ni,

ari2 aku bukak blog aku ni, tp aku tak update je, balik keje dah lewat, 2 3 minggu ni aku asyik balik lambat keje, sebab terpaksa wat OT, banyak sangat keje ejen, ...huhuhuhu
Sebenarnya, aku ade cite best nak cite kat korang, memang tak dapek den nak lupo eh sampai bilo2
ofis aku ade wat program team building, ni adalah idea dari KE kamilah, dia memang best, susah nak cari KE macam dia ni,

Team Building kali ni kami tak duk chalet atau resort, kami tido dalam khemah, taraf hotel 5 star tu..... bermula 31 oktober hingga 1 november,

kami buat kat Kem Tibang, Ulu Slim, Perak, seronok giler... baru mencabar beb......

kami bertolak dari ofis kul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan 4x4, sebanyak 15 buah yang dibawa oleh pilot2 yang berpengalaman dan sporting







sebelum bergerak, sempat lagi berposing, layan je lah ye.....

















kitorang berkumpul selepas tol jalan duta untuk berkonvoi ramai2, kitorang ape lagi sibuk berposing la.....

semua dah sampai kami teruskan konvoi menuju ke ulu slim melalui behrang, cantik sangat pemandangan kat sini, sejuk mate memandang, dalam perjalanan kami diterangkan mengenai radio yang digunakan oleh pilot kami, semua peserta disuruh memberi ucapan masing2, siap ade yang bagi teka-teki lagi, lawak betol lah, tergelak2 kami....
Dalam perjalanan menuju kem, kami melalui 1 kawasan kolam air panas, tp sayang tak terjaga,
kami tiba di kem tibang lebih kurang dalam kul 12.30, khemah dah siap dipasang, makanan tghari pun dah siap, sedap lak tu, akak2 ni masak,
macamane nak diet ni, masuk hutan pun makan sedap..hehehehe

alasan mesti kuat ooo....
Ni lah hotel 5 star kami, betol2 tepi sungai, tak sabarnye nak mandi, selepas makan kami diberi taklimat untuk dibahagikan 'partner' untuk khemah,
aku dapat ngan kak nor, ok lah, kak nor baik sgt.......khemah kami ngadap sungai, best best......

pada sebelah malam, kami dibahagikan kumpulan, nasib baik dapat geng yang sekepala walaupun berkepale-kepale, hehehe

dengan kate sepakat yang telah dibuat kami namekan kumpulan kami "Optimus Prime"

huyoooo....mcm kartun kanak2....

sampai kul 12 baru kami tido, semate2 nak siapkan logo kumpulan, zakuan ni berseni rupenya... pandai dia lukis, aku tukang bg idea sikit2 je, ntah ape2 lah,

akhirnye siap jugak......
tp kat sini kitorang dapat markah extra tau, nak kene cakap ke? sori sori...

tgk tu... masing2 sanggup tunggu walaupun mate dah tak berape nak boleh bukak dah....

cite ari ke2 dan hari ke3 akan dicerita kemudian ye.... banyak pengalaman yang aku tak dapat lupakan .....

Sunday, October 25, 2009

muncul kembali.....


Dah lame aku tak update blog kesayangan ku ni, dah naik bersawang dah,

Sejak selepas raye ni, penyakit malas ku semakin menjadi2, balik keje dah lewat, badan dah penat, terus tido je,

memang aku tak usik langsung blog aku,

baru korang rindu kat aku kan, saje je perasan femes la tu, sape la aku ni org nak kenal2 kan.......kan...

sowiiiii ye kawan2....

Friday, September 18, 2009

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir & Batin"


Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh........

Ramadhan kini makin ke penghujung pintunya.

Dikesempatan ini saya dan hubby nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN, kepada semua umat islam yang akan merayakan hari raya aidilfitri pada ari ahad ni,

Kepada pengunjung, sahabat, rakan blogger dan follower.. Tidak ada yang lebih mulia pada hari raya dimana semua malaikat memanjatkan doa, tidak ada perbuatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah,

teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...semoga Ramadhan ini membawa perbaikan, dan kesejukan...Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati serta keikhlasan dengan semua kekhilafan dan kelalaian yang pernah saya lakukan baik secara langsung mahupun tak langsung saya ingin memohon maaf atas lisan yg tak terjaga....Janji yang terabaikan....Hati yang berprasangka & .....Sikap yang pernah menyakitkan hati mane2 pihak.

Kepada Hubby tersayang, kaulah antara insan yang paling ku sayang......ampun dan maaf andainya isteri mu ini…Terkasar bahasa dalam bicara, Tersilap bicara semasa bersama, Termarah yang tak kena tempatnya, Tertanya tak tentu hala..Tersasul yang tak sengaja, Tercubik kat mane2, Terpekik kuat di telinga, Termoody tak semena-mena, Teremail atau termesej benda yang tak sepatutnya kau terima, Termacam-macam yang kena-mengena..

Di hari yang mulia ini, ku ingin menyusun sepuluh jari, Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana aku masih bernama manusia, Pastinya tak lepas membuat dosa semoga dimaafkan

Seperti sebuah perjalanan hidup,semua yang telah terjadi tak mungkin terulang. Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

Selamat Menyambut Lebaran Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...Ingatlah Allah selalu... Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS DariKu dan Hubby.....

" Marhabban Ya Ramadhan, & Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. "

Sunday, September 13, 2009

Rezki....orang nak belanja...

Ari ke 17 ramadhan, dalam bulam puasa ni, firstime kitorang amik keputusan untuk berbuke kat luar, ye la asyik buke kat rumah je, juadah yang dibeli kat pasar ramadhan je, mane sempat nak masak bg aku yang berkeje ni,


Sampai seremban dah kul 6 lebih2, nak balik rumah lagi, bapak punye jem, dekat pukul 7 baru sampai, alang2 lalu singgah la bazar ramadan, macam tu lah ari2 berkeje aku, "nak kene bagitau ke?" poyos lah....hehehe


Tapi kalau ari tak keje, aku masak lah,


ari tu jugak hubby aku cuti, dia ajak berbuke kat luar, aku tau ni cubaan ngelat hubby ku untuk malas nak masak, biasenye ari isnin dia yang masakkan juadah berbuke.

kat ofis lagi dia dah mesej tanye itu ini, "syg nak makan ape", "kite makan kat nak tak?"
"ikut B lah, syg ikut je...", knp nak makan kat luar? (ini pun tak penting sgt ye...)

macam tu soalan yang dibalas dgn soalan jugak, biase la aku, banyak tanye,

sampai2 je seremban, hubby dah tunggu, acik sukeeeeee...., selama ni asyik aku je tunggu dia, kadang2 sampai 1/2 jam tunggu dia jemput aku.

kami g makan kat kedai makan je, tahun ni takde agenda berbuke kat hotel, biasenye setiap tahun ade la sekali dua berbuke kat hotel, makan free la katakan.....

"Syg order la nak makan ape?"
"B order la syg ikut je" buat2 malu konon minah ni, ntah ape2 je...

dah order, mase untuk tunggu makanan sampai, perut dah lapar sgt ni, ade beberapae minit je lagi nak berbuke,

diorang dah booking tempat jd mesti diorang prepare dulu, macam kitorang ni, datang baru nak order lambat la sikit,

tak nak terase sangat lame menunggu aku mule la merapu2 dgn hubby,
sampai kakak kat sebelah tu sengih2 je tgk kitorang,

"B, kalau makanan tak sampai lagi dah azan nanti, kite korek hidung je la dulu, batalkan pose"hehehe
"banyak lagi care lain nak batalkan pose la" syg ni ntah ape2 la, benggoooong......
hah, hambik ko, kene benggong sekali.......hehehehe

nasib baik akak tu hantar kurma 1 mangkuk, dalam 3 biji macam tu lah,

lepas tu air pun sampai, dah azan, makanan tak sampai lagi ni, aku dah lapor ni, takpe sabo2, abang ngan akak tu lagi lah tak berbuke pun lagi, kesian kat diorang.

yahuuuuuu, makanan dah sampai,.......dengan gelojoh ala2 sopan nye aku makan, ayat mesti mau cover ok......

Ikan siakap 3 rase, marvelous uols...cukup rase

Sup campur 1 mangkuk je,

Baby kailam ikan masin 1 piring

lauk feveret aku, ayam goreng kunyit 1 piring,
dan air, nescafe tarik dengan ais kosong untuk hubby, teh o panas untuk aku, tu je
dalam kul 7.50pm dah licin, makan ke ape ni........?
nak balik bayar hutang dulu, magrib la maaaa.......takut tak sempat....

bye........

Hari ke-15 Ramadhan


Dah lame aku tak update blog aku ni, dah naik bersawang dah,

penyakit malas aku datang lagi, memang tak boleh nak elak, makin di tempis makin ia menjadi2

mesti korang bosan kan? blog ni takde bende lain nak cite ke? asyik cite pasal makan je

biar ape korang nak cakap ape pun, cite ni dah basi dah, aku nak cite gak,

Hari ke 15 ramadhan, aku mcm biaselah, cuti, jd mase cutilah aku amik kesempatan nak masak2,

tak tau nak masak ape, idea belom mariiiii ni........

Hubby berbuke kat rumah ari ni, bestnyeeeee....

Tengok ayam ade, masak ape yang ade je lah, lgpun aku nak abiskan stok lauk dalam peti ais, nak beli stok baru pulak.

Duk pikir2, aku masak biase2 je,

Ayam masak merah 4 ketul,

Goreng tauge kepale besar dengan fishball,

pastu aku wat popia goreng, hubby aku suke sangat lah popia goreng letak isi ayam ni,


dan.......betik sebagai pencuci mulut, tu jer......

sekian terima kasih......

Tuesday, September 1, 2009

Konsert Satu Dato' Siti Nurhaliza


Sebut je nama Dato' Siti, terbayang wajahnye yang cantik, senyumannye yang manis pasti memukau mata yang memandang, kata orang wajah mencerminkan tingkah lakunye.

aku minat giler ngan Dato' Siti ni, dah lah cantik suare pun best,

bagi aku dia antara artis yang tak lupe diri, walau setinggi mane pun dia berada dia tak pernah berlagak,

perangai dia cool je......

ni saje je aku letak gambar ni, suke aku tengok gambar ni, Siti tanpa secalit mekap pun, walaupun tak bermekap dia tetap nampak cantik.


Semalam seronoknye aku layan Astro 188, ade konsert siti nurhaliza, rase tak puas la.. best sangat.........


persembahan dia mantap giler, suaranye memang power la.....

Layan gambar je lah ye.....

time ni, suke aku tengok dia menari, same je dengan penari....


mase ni pun best, siti dengan persalinan hijau, tetap nampak cantik....


Boleh dikatekan semua bestlah....,


Tahniah kepada Dato' Siti Nurhaliza kerana berjaya melaksanakan persembahan yang gempak giler, kalau boleh buat tayangan ulangan lagi.....hehehehe

Selamat Hari MERDEKA..........


Selamat Hari MERDEKA semua, semalam adalah ari ke-10 kite berpuasa, maknenye bersamaan dengan 31 Ogos 2009

Ari ke-9 ramadhan, kitorang berbuka kat PD, rumah mak mertue, takde lah gambar2 juadah berbuke kami, Sobab her semua lauk pauk adalah hasil air tangan mak mertuo den, aku jd tukang menyibuk je kat dapur.....bertuah punye menantu hantu............hehehehe,

"Jd sogan laa se nak snap snap, nanti ape lak kato apak mertuo den", "buang tebiat ke ape menantu den ni",

Ari ni aku nak tepek jugak gambar lauk berbuka kami,

Aku macam biase lah, ari yang aku tunggu2, aku cuti hubby pun cuti jugak, so, bolehlah berbuke sama2, Sweet sangat...........

Kitorang malas nak kuar beli makanan kat BAZAR Ramadan, hubby mintak aku masak je, save budget katenye...., kadang2 lauk2 kat bazar pun ade je yang tak menepati citarasa tekak kami, terlebih masin la, terlebih tawar lah, lauk basi pun pernah jumpe, biaselah pertengahan ramadan ni......

Kul 5 aku pun mule lah selongkar peti ais, suruh hubby belikan santan, aku rase nak makan masak lemak cili padi, ikan tenggiri ade, paru ade, leh wat lauk.....

Ni la hasilnye, masak lemak cili api ikan tenggiri.....

Paru Goreng berlada.........

Ulam timun, air soya dan kurma........

Eh..... ade jagung lah, buat jemput2 jagung best jugak ni....

Ni jemput2 jagung, nyummy nyummy.....sedapppppppp.....

Alhamdulillah....di atas rezki yang diberikan kepada kami.....

Saturday, August 29, 2009

Hari Ke-8 Ramadhan

Sori aku terskip 1 hari, aku lupe nak update hari ke-7 ramadhan,

aku buke ngan nasi kerabu dan roti john je, hasil terkam kat pasar ramadan, tu pun nasib baik sempat, sbb semalam kan jumaat, jem giler........

Hari ni weekend, aku cuti, jd mase aku banyak dihabiskan dgn tengok TV, tenet, baca majalah, tido, termenung, dannnnn layan perasaan (mcm tak biase lak) tu je, rase cam lambat sangat jarum jam ni bergerak,

Hubby keje, sedey nye........., kene buke sorang lagi,

Nak g pasar ramadan, malas lah pulak, padahal bukan jauh sangat pun,

Kalau malas tak boleh nak wat ape lah kan.............

Masak ala kadar je lah, janji boleh wat berbuke nanti,


Ini lah hasilnye, Udang masak sambal, biase2 jerrrrr

Dan.... Bayam goreng + FishBall, ok la tu......

Kuih muih takde pun,

Buke makan kurma dan terus makan nasi je,

Alhamdulillah......... dengan rezki yang diberikan kepada ku

Thursday, August 27, 2009

Hari Ke-6 Ramadhan

Sekejap jer kan, dah masuk hari ke-6 dah kite puase,

hari ni aku berbuke sorang lagi, hubby keje petang lagi, ade majlis berbuke pose kat Kelab Golf Tunku Jaafar, huhuhuhuhu.......

So, secara pakse relanye aku kene lah balik naik bas, konfem sampai lambat ni,

Dahlah hujan lebat, payung takde, macamane nak g beli juadah berbuke ni,

dalam bas asyik duk pikir je, macamane ni?isk isk isk.....

Sampai dekat rumah aku, dah kul 6.45, ahhhh..... redah je lah hujan ni, biar lah basah pun, dah nak balik rumah kan...?

Abis basah baju aku,

sampai sampai rumah, terus ke dapur, nak masak ape yer.....

aku masak nasi dulu, sempat ke tak sempat aku masak je, kalau tak sempat buke je ngan ape2 pun yang ade,

aku masak simple2 je,
Sawi masak tumis air dengan fish ball, sedap jugak......

Ikan Kembung masak sambal, lupe nak letak bawang hiris, sebab kelamkabut,

mase tengah goreng ikan orang azan magrib,

nampak tak cantik kan? tp sedappppppp.........

Ni nasi aku, sikit je aku makan, tak selera sangat.

p/s: sila abaikan pinggan mangkuk yang tak semenggah itu, semua adalah ikut tercapai dek tangan aku....hehehehehe

Wednesday, August 26, 2009

Hari Ke-5 Ramadhan

Hari ni hari ke-5 ramadhan, aku? macam biase lah, berbuke sorang2 lagi,

Hubby keje petang sampai malam lagi minggu ni, huhuhuhuh

cume yang bezanya bulan pose ni, hubby amik aku balik keje walaupun dia keje ptg, kalau aku balik naik bas alamatnya aku berbuke dalam bas lah,

gorek hidung dulu ke nak batalkan pose, hak hak hak...

eeee.... teruknye, pengotor.......

acah ajer, aku saje nak buat korang marah,

ok, ok, aku cite juadah ape aku berbuke ari ni, takde ape yang speselnye, belanja berpade2 jer, tak boleh ikutkan nafsu sangat, betol tak?


aku huraikan 1 per 1 ye....aku beli nasi ayam kat pasar ramadhan dkt rumah aku, dan sikit juadah lain, hah, sedap tak?

Ikut tekak aku tak sedap sangat, biase2 je


Popia basah 4 ketul, untuk hubby aku sekali, die suke benor makan popia basah ni,


Murtabak ayam satu,ni pun febret hubby aku, aku makan jugak tp kureng sikit


Dan air soya dalam kotak jer, gulp gulp, aaaaaaaaa, nikmatnye........

tu je, juadah berbuke aku ari ni,



Blog Widget by LinkWithin