Sebenarnya cite ni dah basi dah, tapi aku nak cite gak sebab dah ade entri pasal aku tanye korang nak bagi hadiah ape besday hubby ku, mesti kene ade kesinambungannya kan? kan?
2hb ogos ari tu kan besday hubby aku, tp ari ni aku baru nak update, ari tu kan aku balik kg, aktiviti padat sangat, tak sempat nak update.
So, dengan sisa2 kemalasan aku ni, aku gagahkan jugak untuk update, kalau tak, alamak bersawang lagi lah blog aku ni.
Setelah duk pikir2, duk termenung2, aku dengan sebulat hati telah mengambil keputusan menghadiahkan sebuah handphone yang tak seberapa untuk hubby ku sbg hadiah besdaynya yang ke-29.
Pada aku, hanya hp je yang hubby ku selalu bawak g mane2, kalau aku bagi jam tangan, hubby aku elergik pakai jam, dah tentu dia takkan pakai, membazir je, lagipun aku tengok hp hubby ku dah burok, baik aku ganti yang baru kan.. kan..?.
Hp ni aku beli kat dataran senawang, harga dia lebih RM500 je, tp tak sampai 1K pun, mungkin bagi korang takde lah mahal sangat, tp bagi aku yang tak berapa nak ada "pitis" ni, berair jugak lah kelopak mata masa nak bayar. isk...isk...isk...
Tp aku tak kisah pun, yang penting aku ikhlas nak bagi kat hubby aku, tu je yang aku mampu, hati aku berbunge bile tengok hubby aku suke terima pemberian ku, bak kate org tua2 "duit boleh cari", tp....orang yang sayang kat kite nak cari kat mane.......? susah ooooo........
Ni la ghupe Hp baru hubby ku, dia yang pilih sendiri, dia yang nak model W, aku ikutkan jer, dah tu yang dia minat.
Hp biase2 je...Sony Ericsson W880i je, color hitam oren, nipis, bagi aku 'very nice', sound dia pun ok, ada kamera, ape yang penting boleh 3G.
ni lah HP lame hubby ku, dah burok dah, korang tengoklah tmpt nak bukak dia pun dah patah, kesian aku tengok.
Dari situ lah, bermulanya tekad aku untuk menghadiahkan hubby aku Hp baru pada hari lahirnya tahun ni, walaupun tak seberapa, tp ia cukup bermakna dalam hidup aku sebagai lambang ci......... dush.....dush..... eh eh, terberangan pulak tengah wat ucapan, "i'm sori"...!!!! ikut gaye amir raja lawak....hikhikhik
Oklah, kan panjang2 sangat korang bosan pulak, lgpun dah mula dah perangai sengal aku ni, nanti susah pulak nak benti, akuu.... jugak yang susah....hehehe.