kalaulah hubby ku baca, malunyeeee, memang hubby aku baca blog aku ni, lantak lah dia nak ckp ape pun, yang penting ni luahan hati aku, betul tak kawan2......
AbanG....SELAMAT HARI LAHIR yang ke-29,
Tiada apa yang dapat sayang zahirkan melainkan pengakuan bahawa kau satu dalam berjuta, Terlalu Istimewa, Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan mu, dipanjangkan Umor, Diberikan kesihatan, sentiasa dimurahkan rezki dan diberi ketenangan selalu....
Terima Kasih kerana sudi hadir dalam hidup ku, temani hatiku, temani waktu ku, sayang sangat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.... Love you and will always promise to give you the sweetest of me...
Sejujurnya;-
Noraznizam bin Aznin, Seorang yang 'berdarah sejuk dan kadang2 panas'. hehe.... Bukan reptilia atau karnivor. Tak banyak cakap kalau dengan orang baru kenal, tak reti mulakan perbualan. Agak peramah cuma mengenai isu-isu yang dia rasa penting untuk dibualkan. Boleh dikatakan 'takde perasaan'..hehe..
Seorang yang keje kuat (cari duit), rajin tolong aku wat keje rumah, pandai masak, kalau dia masak, main campak2 je pon sodap...., tak kedekut, sangat tidak berkira (tp tengok bajet lah) dan tak suke pada orang yang terlalu berkira! (aku la tu hehe)..Mula-mula kenal dia memang susah nak faham dan banyak yang menyakitkan hati. Sakit hati je bukan geram lagi. Susah nak baca emosi dan perangainya. Lama-kelamaan, aku dapati 'sesuatu' tentang dirinya.
Kalau dah kenal, jiwanya sangat 'berperasaan' cuma sukar dizahirkan (cover macho je lebih). Tp dengan aku, senjata aku airmata je dah buat dia jd tak tentu arah, jahat tak aku......?hehehehe.........
Dia juga banyak mengajar aku supaya jangan membenci kesusahan kerana dengan kesusahan yang kita lalui itulah menjadikan kite lebih tabah dan matang untuk terus berusaha keluar dari kesusahan itu.
Walaupun, dia bukanlah seorang lelaki yang sempurna dimata orang, pada aku dia sudah cukup sempurna, kerana kesempurnaan aku sebagai seorang manusia ada pada dirinya.
akhir kata; wa cayyyyaaa samaa lu la bebb!!!!!
No comments:
Post a Comment