Seperti yang aku janji kan, aku nak update pasal aku balik kg minggu lepas, walaupun cite ni dah nak basi, tp aku nak cite gak, boleh tak?
Korang jgn bosan tau, aku akan cube sedaya upaya untuk sampaikan dengan gaya yang bersahaja dan buat korang tak menanahhhhhh....... bak kate Sarimah dalam diari AF.
Tanggal 31 julai 2009, pagi2 lagi aku dah bangun, tido tak lena wa cakap lu, maklumlah nak jumpa mak dan ayah, bersiap ape yang patut, masukkan beg dalam kete, pastikan semua barang tak tertinggal,
Yang penting air kosong untuk hubby ku, kami pun bertolak.
Dalam kul 8.30 pg kami bertolak dari PD (umah mak mertua den la....), berbekalkan mee goreng yang mak mertua bekalkan kami pun meneruskan perjalanan,
Kayuh punya kayuh (mcm naik basikal lak) kalau berkayuh bile nak sampai ni, ok.., ok..., aku tau aku melalut lagi.
Dalam kul 9 pg kami dah mendaki bukit putus, tengok betapa susahnya nak balik kg aku, kene panjat bukit pulak, tp nasib baik tak banyak kete, senang sikit hubby aku nak memecut. suke la tu, dia kan perasan mat rempit.....
Aku dah cakap ngan hubby nak singgah kat k.pilah, nak beli buah naga dan pokok buah naga kat mak aku, mak aku suka sangat mkn buah naga ni, sebijik dia makan sorang je.
Pemandangan kat k.pilah ni sangat cantik, walaupun jalan dia bengkang bengkok, tp sejuk mata memandang, nak pulak layan lagu di radio, sambil2 hirup udara segar, aku leh cuci mata, nyaman sangat......
Dah beli buah naga dan pokok naga, kami teruskan perjalanan,
Sambil layan hubby aku borak, cite sikit2 pasal masa depan kami, menjadikan perjalanan kami amat menyeronokkan, best oooo.............,
Korang tengok jauh2 dalam gambar ni, cantik kan, ada bukit, pokok-pokok kelapa, aku mula lah terbayang kat kg, tak sabar nye mase tu, Tuhan saja yang tau.
Ish...ish hubby aku suka sangat kacau aku, baru je aku nak layan perasaan, dia sibuk lambai2 tangan kat depan mata aku, dia ingat aku tido la tu,
Dia boring drive sorang2, padam muke, aku nak drive tak bagi sgt, dia ckp aku bawak slow sgt lah, tak berani nak memotong lah, mcm2 dia kutuk aku, sabor....je la.........
Perjalanan kami banyak melalui ladang kelapa sawit, sebab tu agak memboringkan, view tak menarik minat aku, nak layan radio, asyik terputus je, susah nak dapar siaran, mcmane ni......, mata aku terkebil2 rase nak tido je, ZZzzzzzzzzz...........
Untuk mengurangkan keboringan aku ni, hubby aku bukak cite "Harry Potter" suruh aku tengok, aku tgk sekejap je, tak best ar, subtitle dia lagi buat aku tak paham.
Lambatnya sampai rumah mak aku, rase macam nak terbang je, kalau aku ada sayap kan best, cepat sikit sampai hahahahaha....dah mule dah melalut aku ni, I'm sori........
Nasib baik ade bawak pendrive, aku layan lagu2 yang ade dalam tu, syok jugak, lagu2 jiwang kan.......sambil nyanyi2 sorang2, hubby aku sengeh sambil geleng2 kepala dia, aku wat 'slamber' je, layan jiwang jap....hehehehe
Lebih kurang 6 jam perjalanan kami, termasuk benti solat, g toilet, isi minyak dan makan......Kami sampai rumah mak aku dalam kul 3.00 ptg, semua ade kat rumah mak, bestnya dapat jumpa mak ayah dan adik beradik ku..hahahahahaha
RAYA 2019 KCB - WAJIB TIAP KALI RAYA
-
Tahun ni dan tahun lepas, sebenarnya ada macam-macam jadi kat family aku.
Ada suka duka semua tu dugaan hidup. Paling ketara nampak perubahan kat mak
la. ...
5 years ago
No comments:
Post a Comment