Friday, August 7, 2009

Mandi "Air terjun sekayu".....


Biasenye kat kg ayah dan mak akan bangun awal, kul 5.30 pg diorang dah bangun bersiap2 nak g masjid, lepas diorang balik masjid baru diorang kejutkan kami adik beradik, mak pulak akan sibuk kat dapur nak wat sarapan, teringat zaman bujang dulu.

Sejuknya kat kg, suasana yang menenangkan hati, airnya terasa ke tulang, suara ayam kat luar seperti tgh bercakap2, kedengaran mak ngan ayah tengah berborak kat dapur pulak,tenangnya.....aku rase beruntungnya jadi orang kg.

Lepas sarapan semua, aku saje je ajak hubby dan adik aku g mandi air terjun sekayu, kalau kat marang famous la air terjun ni, tempat dia cantik, air terjun dia ade 7 tingkat, telah dibangunkan menjadi tempat perkelahan dan tempat 'couple2 dating',hehehehe.......


Kitorang bersiap2, bawak bekal semua, kitorang g 2 kete, kete adik aku kosong, ayah ngan mak tak nak ikut, sebab pg ni ade orang datang ajar kitab kat masjid dkt rumah aku, setiap sabtu je, orang tua mane lah suke g mandi2 ni, jd kak long cadangkan ajak anak2 jiran kami g skali,


Mase kami sampai tu org dah ramai, kami cari port yang baik punye, jauh dari orang, celah batu besar2, senang sikit nak mandi bukak tudung, sejuk dan jernih sangat air dia, nampak ikan2 tengah berenang tepi2 kami mandi, kami mandi puas2, bukan senang nak dapat mcmni kan......

ni la budak2 yang terlebih happy , tp malu2 sebab tak biase dgn hubby aku,

Ni kak jie, jiran kami, dia baik sangat, kami dah macam adik beradik dgn dia,

Saje je aku letak gambar budak2 ni, masing2 dah kesejukan, ni la adik bongsu aku yang sangat manja, wana dan wani sikembar yang ceria, dan syakir jejaka hensem yang pemalu.

Gambar aku dan hubby, kak long dan adik aku tak dapat nak dimasukkan atas sebab2 sensitiviti, (dah macam 360 pulak aku ni...)hehehehehe...

maklumlah orang mandi kan, korang paham kan...

Dalam kul 12 tghari kami pun bertolak balik, adik Esya dah ngantok dah.....dah sampai waktu tido dia kot.

ok, tu je aktiviti aku pagi tu, nanti akan diceritakan lagi, tungguuuuuuuu....................

No comments:

Blog Widget by LinkWithin